Jumaat, 4 Oktober 2013

Video mengenai melihat Rasulullah

Sebenarnya tujuanku memblog pada kali ini adalah untuk berkongsi dengan awda mengenai istifadah yang aku perolehi tadi dari kelas Pengajian Kitab Turath tadi pagi di Koleh Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPUSB). 

Namun, aku terhenti seketika ketika melihat satu perkongsian (Baca: share) daripada sahabat Facebook dari Singapura. Caption yang beliau tulis pada kaitan (Baca: link) yang dikongsi adalah: Dekat wlwpon jauh :))

Aku tertarik. Timbul rasa ingin tahu.

Klik.

Bermulalah dunia pengajian sementara yang penuh cinta di alam maya


Video yang dikongsikan beliau.

Subhanallah, siuk berabis. Berharap untuk berjumpa dengan Rasulullah. Sangat-sangat. Malang sungguh malang. Mengaku cinta, tapi perbuatan berkata sebaliknya.

Insha Allah semoga Allah kuatkan.

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم

Rumah, 11.59 malam. 
Jumaat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan