Isnin, 18 Oktober 2010

Kompiyus I

Bismillah walhamdulillah wassolatu wassalaamu 'ala rasulillah wa 'ala alihi wasohbihi waman walaah, amma ba'd,

Kompiyus. Mungkin perkataan yg paling ngam tuk menggambarkan keadaan yang melanda pada masa sekarang ani. Semua urang pernah 'confuse' a.k.a kompiyus atau melayunya keliru. Dulu aku selalu keliru, tapi selalu tejawab setelah bertahun berlalu. Sampai ani masih pulang lagi ada kekeliruan. But hopefuli ada jawapan secepatnya. Amin.


http://www.accountingweb.com/files/siftmedia-accountingwebus/images/Confused.jpg

Aku ingat dulu babah masa sebelum ia suruh kami pakai tudung. Mula-mula kana dulur boleh pakai aaaaapa saja pakaian. Babu sambil-sambil memakaikan baju selalu cakap, "Lai, ani pakai masa damit2 saja ni ah, sudah basar inda buleh lagi ni ah." Balik-balik babu cakap cematu. Kira sampai teprogram kali perkataan atu ke dalam minda kami. Bila sampai satu masa akhirnya inda lagi kana suruh, kami terima, tapi awal2 nada jua mau eh. Hehe, maklumtah kanak2.

Datang masa bila babah suruh kami pakai tudung, kira optional pulang maseh dalam 8-9 taun barangkali, mula2 atu inda mau lah, tapi sikit2, akhirnya mau jua. Pasal kana suruh leh indung. Aku ingat nya babu dulu, masa kanak-kanak (before 8-9 taun atu) kalau ke majlis bisai sudah tu babu makaikan tudung. Tapi bila sampai saja arah majlis atu, balum lagi apa-apa, tarus, "Bo~" sambil bagi tudung arah babu. Ataupun tanya babu, "Bo~ boleh buka tudung?" Huhu. Bila difikirkan, siaaan babu. Pasal makai tudung untuk di majlis, tapi alum lagi apa-apa sudah tia. Ish. Ish. Ish. Tapi durang inda putus asa.

Udah masuk sek. persediaan arab, tepikir mesti pakai tudung, pasal indakan sekolah atu inda pakai tudung ah. Hm, makin tia mesti pakai tudung ke mana-mana, bukan apa, takut kejumpahan ustaz/ah lagi and kana marahi leh durang. Manatau masuk buku disiplin. Huhu. Pandai takut.

Masuk form 1, makai tudung atu pasal sudah kebiasahan, mula2 main beikat pulang ganya, tapi udah atu babu ckp 'labuhkan saja, lawa lagi', ikutlah saja, mun udah kana puji. Lagipun ada stail gitu sal sama macam ustazah. Hehe.

Sepanjang fom 1-5, macam2 pesoalan timbul.
Ada yang sampat ditanyakan, ada yang inda terjawab. Antaranya, untuk siapa ku pakai tudung? Kekeliruan melanda. Tapi dibiarkan.

Naik fom 6, babubabah bawa ke KL, durang bawa ke Jalan Masjid India kali untuk membali tudung sana. MasyaAllah, atu banyak di sana, memborong eh berabisan, inda lg tau tu bidang 40 tu apa, bidang 50 apa, babah teruskan saja, sampai aku pun heran, kenapa?

Kami ikut saja. Bila kami tanya, babah inda jawab. Ia senyum saja. Bila difikirkan, hm, mungkin babah mau kami selesa.

Mula2 makai, er, basar jua ah. Pakai sajalah. Inda payah banyak cerita.

Tym pertengahan form 6 baru befikir kenapa cematu kenapa cemani, kenapa dan kenapa dan kenapa sebenarnya. Sebenarnya aku pakai tudung untuk apa? Dulu pasal babubabah suruh, sudahtu, takut ustaz/ah marah, then pasal kebiasahan, jadi bilatah aku kan pakai pasal mengikut syariat yang sudah ditetapkan oleh Allah? Hm, satu tudung, niat yang berbeza-beza. Jadi kena betulkan niat balik. Lillahi ta'ala.

Di Mesir, arah Roxy & Hussein, lagi banyak tudung basar tapi banyak lagi di M'sia/S'pore lah. Hehe. So yeah, I thot if I buy and wear this, babahbabu mesti suka. Dan teringat hadith, redha Allah terletak pada redha indung. Alhamdulillah they did!! :)

Sikit2 lama2 jadi bukit~

Well, akhirnya, kesimpulannya, em, aku pun inda pandai menyimpulkan banarnya, tapi yang pasti bila seseorang atu menggembirakan indungnya sampai durang redha kepada si anak, maka ketahuilah Allah redha jua arahnya. Antara pengajaran yang dapat ku ambil jua is that
mendidik anak sampai ia hadam akan suatu kefahaman yg kan diterapkan atu batah, memakan masa bertahun2 dan perlu kesabaran. Perlu dari ia damit. Nya pepatah melayu, melentur buluh biar dari rebungnya. Sekarang tiba masa untuk memahamkan orang-orang yang disayangi. Ya Allah, bantu kami melentur anak-anak kami ani mengikut acuan Islam.

http://pastiwp.files.wordpress.com/2010/01/0.jpg?w=300&h=245

Hm, tiba2 aku teingat satu cerita pasal seorang ayah kepada salah seorang imam yang terkemuka (kalau inda silap bapa imam abu hanifah, tolong betulkan kalauku salah) bila kana tanya macamana ia mendidik anaknya atu, ia menjawab, "Aku mendidik kedia 20 TAHUN SEBELUM kelahirannya."


Ya Allah, diri ani maseh lagi terkapai2 atau tekial2 (nya urang brunei) untuk kan mengislah diri. Bantu hamba2Mu ani ya Allah, demi ummah yang engkau redhai.

Sekian, ani hanya untuk berkongsi. Yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan. Semoga tani sama-sama dapat manfaat. Amiin!

Wassalam :)


P/S 1: Oleh kerana tajuk entri ani 'kompiyus i', maka aku pun sebenarnya terkompiyus tentang apa yg kan ku sampaikan. Lain kan disampaikan, lain yang sampai. Huu, inda apalah, di keluaran yang lain aja yah :) senyum-senyum selalu.

P/S 2: sebarang teguran insya Allah diterima :)


allahumma ballaghtu, allahumma fasyhad

Khamis, 20 Mei 2010

Salaam,
just to share~

Alasan. Kita suka memberikan alasan. Atas kelalaian kita, atas kecuaian kita, atas kesilapan kita, atas kesalahan kita, atas segala apa yang berlaku dan menghasilkan ketidak senangan, maka kita akan memberikan alasan.

Kenapa fail exam? Sebab soalan doktor yang susah. Saya dah studi rajin-rajin dah.

Kenapa solat lewat? Tadi air sejuk sangat. Badan tak tahan.

Kenapa couple? Nak rapatkan ukhuwwah. Saling kenal mengenal. Tak kenal maka tak cinta.

Kenapa hantar kerja lambat? Semalam ada urusan penting.

Ya. Banyak alasan kita. Dan dalam banyak perkara, semua ada alasannya yang tersendiri. Manusia yang kita berikan kepadanya alasan, mungkin hanya mampu menarik nafas dan sekadar berpuas hati dengan alasan yang diberikan. Sebab, dia tidak tahu sama ada alasan itu betul atau tidak.

Tetapi, bagaimana dengan Allah?

Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui.



Setiap alasan yang hendak kita keluarkan, berikannya dahulu kepada Allah

Kenapa buat berzina? Sebab si fulanah tu goda aku dulu. Kalau tak, aku tak buat dosa.

Tujukan alasan itu kepada Allah. Kemudian kamu fikirkan, apakah Allah akan menerimanya?

Kenapa meniru dalam peperiksaan? Tak sempat studi sebab kerja banyak sangat.

Tujukan alasan itu kepada Allah. Kemudian kamu fikirkan, apakah Allah akan menerimanya?

Kenapa qada’ Solat Subuh pagi tadi? Terlajak tidur.

Tujukan alasan itu kepada Allah. Kemudian kamu fikirkan, apakah Allah akan menerimanya?

Apa pandangan anda? Kalau semua alasan-alasan yang kita rekakan itu, kita bentangkan di hadapan Allah, apakah Allah akan menerimanya?

Ya. Zahir alasan, mungkin menunjukkan kita tidak bersalah. Bagaimana yang tersembunyi di sebalik alasan itu?

Benarkah terlajak tidur, atau dah bangun kemudian tidur semula? Benarkah tak sempat studi sebab kerja banyak sangat atau selama ini kita yang lewat-lewatkan kerja yang banyak tu sampai tak sempat studi? Benarkah kita berzina sebab digoda, atau selama ini kita yang tak berusaha untuk menahan godaan?

Allah, Maha Mengetahui Segala-galanya, Maha Halus Pemerhatian-Nya.

Allah, takkan terlepas perkara yang kecil-kecil itu, walau tersembunyi jauh di dalam lubuk hati kita.



Melatih diri hidup tanpa alasan jika ingin berjaya.

Seseorang itu, hanya akan mampu berdisiplin, berusaha bermati-matian mencapai apa yang dikehendaki, adalah apabila dia meninggalkan alasan dan bergerak mengambil usaha sebagai tangga kejayaaan.


Alasan, hanya melemahkan semangat, jiwa dan hati. Sekali alasan kita diterima, kita akan tergerak untuk memberikan alasan lagi di lain kali.

“Kenapa tak pergi usrah tadi?”

“Ana ada kerja sikit la. Sori la ya.”

Sedangkan dia sengaja matikan alarmnya, silentkan hensetnya, dan tidur seakan-akan tiada janji temu untuk usrahnya. Selepas itu, dia akan rasa hendak memberikan alasan lagi. Dia akan tidak hadir usrah lagi. Alasan, menghalang kebaikan.

Alasan juga, mencambahkan kejahatan.

“Ala, takpe kut, sikit je ni. Chatting sekejap aja.” Ya. Chatting sekejap. Tanya khabar saje. Hantar smileys sikit tunjuk mesra. Disokong pula alasan menjaga ukhuwwah.

Akhirnya meleret entah ke mana-mana. Alasan tadi, menghadang kebenaran dosa, lantas menarik diri untuk terus melakukannya. Kali seterusnya tambah lagi sedikit. Kali seterusnya, tambah lagi sedikit. Sampai nanti:

“Ala, dating tak pegang tangan tak apa. Jangan la sentuh-sentuh. Makan sama-sama, studi sama-sama , apa salahnya kalau selagi tak bersentuhan. Kan? Kan? Kan?”

Ya. Sampai ke tahap itu, hati kita tak akan rasa itu satu dosa, apabila alasan melindunginya.

Dan pesanan saya. Berikan alasan itu kepada Allah SWT. Berikan.

Bagaimana agaknya?


Penutup: Syurga bukan untuk orang mengelat

Ka’ab bin Malik RA tidak menghadiri perang Tabuk. Dia menghadap Rasulullah SAW dan langsung tidak mengemukakan alasan. Lihatlah apa yang dia katakan:

“Ya Rasulullah, jika aku mahu, aku boleh mencipta alasan. Tetapi aku tahu, walau aku terlepas di hadapan kau hari ini, aku tetap tidak akan terlepas di hadapan Allah nanti.”

Lihatlah Ka’ab bin Malik RA ini. Dia telah mempersembahkan alasannya terlebih dahulu kepada Allah, dan dia mengetahui bahawa alasan-alasannya takkan diterima. Lantas dia bergerak jujur dan mengaku akan ketidak hadirannya ke medan perang adalah tanpa sebab yang munasabah.

Lantas Allah mengarahkannya untuk dipulau sebagai denda. Tetapi selepas dia mengharungi dendaan itu dengan tabah, maka Allah menurunkan ayat Al-Quran mengampunkannya. Termasuklah Ka’ab dari kalangan yang termulia antara sahabat Rasulullah.

Tetapi lihatlah pula para munafiq yang tidak pergi juga pada Perang Tabuk itu. Mereka memberikan alasan kepada Rasulullah SAW dengan pelbagai alasan. Cuaca panas, ladang sedang masak ranum dan tiada penjaga, anak isteri tiada pelindung dan sebagainya. Rasulullah diam sahaja tanpa menghukum mereka.

Adakah mereka berjaya mendapat syurga?

Tidak. Bahkan Allah SWT berfirman mengherdik mereka.

“Dan mereka akan bersumpah dengan nama Allah dengan berkata: “Kalau kami sanggup, tentulah kami akan pergi bersama kamu”. (Dengan sumpah dusta itu) mereka membinasakan diri mereka sendiri, sedang Allah mengetahui bahawa sesungguhnya mereka itu orang-orang yang berdusta (tentang tidak sanggupnya mengikutmu).” Surah At-Taubah ayat 42.


Dan kemudian Allah campakkan mereka ke tahap yang hina. Lebih hina dari orang kafir di dalam neraka.

“Sesungguhnya orang-orang munafik itu ditempatkan pada tingkatan yang terkebawah sekali dari (lapisan-lapisan dalam) neraka. Dan engkau tidak sekali-kali akan mendapat sesiapa pun yang boleh menolong mereka.” Surah An-Nisa’ ayat 145.


wassalaam

p/s: reminder to myself..astaghfirullah astaghfirullah astaghfirullah :'(

Rabu, 7 April 2010

Bowling Oh Bowling (^_^)

بسم الله الرحمن الرحيم

I thank Allah for the moon and the stars, for the friends I have, for the great sisters I love, for every single chances I was given today.

5th of April, 2010 - It was Shammu An-Naseem a.k.a Easter holiday. So nada kelas hari atu. But I have some mau'id with a couple of great sisters. :) So, KSA and I went there earlier and we had prepared. But then SA went home and I stayed. That afternoon we had an Egypt Day Out for Akhawats (E-DOA). We played Bowling!! And that was for the very first time in my life. . . in Egypt. *haa saspen :p* I did play bowling before in Brunei. Biasanya brother yang damitlah yang kan minta bawa, then my duty/my sister's duty is to minta izin from our beloved King Lan. Hee hee.

So we played. Atu siuk rupanya~ and I almost scored the highest when AM maju kedepan banar-banar mengalahkan diri ini. *tabikspring AM* Stidi you~ So I was the first runner-up that day. Quite a kalok jua sebenarnya. Ehe. And kami semua kana bagi hadiah jua~~ It's so sweet of you, T :)

Akhirnya kami pun selesai, alhamdulillah. A wonderful experience. Jam di tangan kiri menunjukkan waktu Maghrib kan masuk dalam 15 ke 25 min lagi. So before kami ke restoran, kami ke surau untuk Sayyidaat dulu. :) Batah pulang lagi tu menunggu ah tapi watir jua kami karang inda sampat solat kalau ke restoran dulu. So inda apalah. For His sake jua :) So yeah, aku ani baru kan rilek-rilek. Then ada tia someone bebunyi, 'Bah siapakan bagi tazkirah sebelum maghrib?' And I was like, 'Whaa'. Nada urang bebunyi. Kami liat ia saja. Then ia pun cakap, 'Hehe, okaylah, inda payah sorang, tapi setiap sorang misti bagi tazkirah. Apa yang ia dapat dari selepas ia bermain bowling tadi.'

Aku macam 'aiyoo, mestikah?' But then, someone started and I didn't remember who. *sorry, uhuuuu~* Then came another one, and another one, and another one. So I shared my part too as I get the idea. Overall, it was open-minding and FUN-tastic! I didn't realize and I had never realized that we can learn precious lesson just from playing bowling. I mean we can still learn many things eventhough we're having fun and relaxing.

Some of the points I remembered was that:
  1. Inda semestinya orang yang inda pandai atu akan sentiasa inda pandai. Ia akan meningkat mengikut usahanya sendiri and dari bantuan orang lain.
  2. Hendaklah yang pandai atu mengajarkan yang kurang pandai. Nya urang, jangan karit ilmu.
  3. Dalam berkumpulan atu, markah persendirian atu inda luan penting. Apa yang penting di sana is kebersamaan, saling membantu sesama kumpulan atu macamana kan mendapatkan markah tertinggi.
  4. Andai kata pahala atu dapat diliat macam markah bowling di dalam skrin atu, nescaya kitani pun kan belumba2 mengalahkan dangan. Contoh Si Aku sama Si Kau. Si Aku dapat 72 sudah. Si Kau baru jua 35. Gerenti ia jeles. Mau jua Si Kau kan kalahkan Si Aku kan. So Si Kau pun berusaha banar-banar. Diubahnya strategilah, ubah gayalah, ubah kedudukan kah apa. Akhirnya alhamdulillah, berkat usaha Si Kau pun dapat kalahkan Si Aku dengan perbezaan 1 mata sahaja. Fuyoo, stidi lah si Kau atu.
  5. Bila diperhatikan, kalau tani ada terlimpas satu garisan atu, ada tu bebunyi 'TETT!' menandakan tani terlebih dari garisan. Eventah tani 'strike' tu, nada jua kana kira markahnya, huu, sodehh den. Rasanya dalam kehidupan kitani ani, tani pun perlukan TETT! atu jua. Rasanya kalau benda atu wujud, memang tah banyak yang bebunyi tu, memang mengalahkan bunyi PON PON PON PON. Dan kitani pun akan tau rupanya benda yang tani buat atu salah. Ganya dalam faktor yang sekarang tani tinggal ani, tani memang still perlukan kawan yang support tani. So we really need someone who can make us live better in this world.
  6. Dalam Surah Al-Baqarah ayat 148 kira-kira bermaksud, "..Maka berlumba-lumbalah kamu di dalam kebaikan.." So di sana Allah suruh tani belumba dalam membuat kebaikan. Yayy! Eh jap jap, apa kaitannya ni dengan bowling? Cemani. Do you notice a bowling scoreboard on top of you when you play bowling? *Of course laa, yatah tempat kan mengalahkan kawan kan tu* Hehe. Okeh, when you play bowling, you'll look at your points. Then you'll look at your friends' points. Then you compare. And when you play, you hope you'll score more than him/her. Kan? Kan? Atu bowling. Cematu jua dengan games yang lain, kan. So here's the point. Rasanya kalaulah kebaikan dan pahala yang tani buat tarang-tarang atau tapuk-tapuk atu nampak score nya, tani pun gerenti mau score banyak-banyak, kan :) Dosa dan kejahatan yang diri buat tarang-tarang or tapuk-tapuk atu if possible tah inda makin betambah. Sebulih-bulihnya kan tani cuba kurangkan pulang tu. Huu. Malu kali ah urang nampak. Especially kalau kana mention apa yang tani buat atu. Oh tidakkkk!! Inda mauu~~
I think there's more but saya inda ingat. Inda sampat tulis aa. Huu, rugi ee. Tapi inda apa. Yatah udah bahagianku tu.

Sebenarnya sebab sharing ani dibuat antaranya ialah supaya lebih berkat lagi masa yang sudah tani luangkan atu dan inda sia-sia dan jua membuka minda dan melatih tani berkata-kata. Bermakna, setiap kali tani memasak pun ada jua hikmahnya, setiap kali bekabun pun ada jua pelajaran yang boleh diambil, waktu bejalan-jalan pun jua, setiap kali jogging pun, even tidur pun jua ada ;)

So akhir kalam, yeah, aku baru terfikirkan kebenaran kata-kata yang seringkali tani ungkapkan, "Setiap sesuatu ada hikmahnya." I'd never thought time happy happy pun ada hikmahnya jua. Hehe. Sharing is caring bah ah :) Hopefully lapas ani minda dan hati tani semakin terbuka dengan hikmah-hikmah yang kan disampaikan olehNya.

Love,
Aingteh

Sabtu, 3 April 2010

Salam World! (^_^)

Segala pujian bagi Allah, Tuhan semesta alam. Tiada sekutu baginya. Selawat serta salam ke atas Rasul junjungan kitani Muhammad Sallallahu 'alaihi wasallam.

Amma ba'du,

Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah! Satu lagi blog telah tercipta di alam maya dengan kuasa dan iradat yang ada padaNya. I thank Allah for guiding me and giving me the courage and strength to write on this great day. I write because I want to tell you. I tell you because I want to share it with you. And I share it with you because....... I care! *That's a simple mantiq, so what's the natijah? I'll leve that to you readers :)*

Actually, the idea of creating this blog started last year during my second semester examination. Yeah, you read it right. It was DURING my imtihan. I pray to Allah to make me istiqamah in this one. aku banar-banar berharaplaa supaya ku istiqamah supaya nanti dapat tani sama-sama rentasi satu tempat yang barangkali belum pernah terjangkau dalam benak kitani.

Okay. Just a quick post insya Allah. Sebagai tinta permulaan, I would like to invite all of you to take a look at this hadith. It is Hadith No. 18 from An-Nawawi's Forty Hadith:

عن أبي ذر جىدب بن جنادة، وأبي عبد الرحمن معاذ بن جبل رضي الله عنهما، عن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: اتق الله حيثما كنت، وأتبع السيئة الحسنة تمحها، وخالق الناس بخلق حسنز رواه الترميذي وقال حديث حسن وفي بعض نسخ حسن صحيح

The English translation:

On the authority of Abu Dzar Jundub bin Junaadah and Mu'adz bin Jabal that the Messenger of Allah (peace be upon him) said: "Fear Allah wherever you are, and follow up a bad deed with a good one and it will wipe it out, and behave well towards people."

p Tirmizi narrated the hadith and said it was fine, and in another version, said ture and fine.

The Malay Translation:

Daripada Abu Dzar Jundub bin Junaadah dan Mu'adz bin Jabal Radhiallahu 'anhuma, daripada Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda: "Bertakwalah kepada Allah di mana sahaja kamu berada. Susulilah keburukan dengan kebaikan yang akan menghapuskan keburukan itu. Bergaullah dengan manusia dengan akhlak yang baik."

Hadith ini diriwayatkan oleh Tirmizi dan beliau berkata: "Hadith ini adalah hadith hasan." pada setengah salinan disebut sebagai hasan sahih.


Simple yet it has a very deeeeeeeep meaning. Think about this hadith okay. Insya Allah, I will post about this hadith next time. Till then. Wassalaam


Rujukan:

1. Syarah Hadis 40 Imam Nawawi – Dr Mustafa al-Bugha & Muhyiddin Misto

2. An-Nawawi’s Forty Hadiths (Translation)