Rabu, 9 Oktober 2013

Tugas kita dan pramugari.

27hb Februari, 2010.

Assalamu'alaykum warahmatullah Wabarakaatuh.

Mesir - Berada di beberapa pengajian yang saya ikuti sejauh ani, membuat jiwa terisi dengan sesuatu. Sejujurnya di semester lapas, aku banyak telalai dan hari-hariku terasa macam pindik semacam. Tapi masani inda lagi. Pasal pagi-pagi sudah betulak ke pengajian Masyayikh. Hari terasa lama. Diliat ke jam di tangan kanan, baru jua pukul 10.30 pagi. Rupanya, 'Oh, batah lagi ku kan sungkai~'

So aku tadi pigi ke kelas Sheikh Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki. Gerek! Masha Allah TabaarakaLlah! A great man indeed, I must say. 

Di antara banyak-banyak kata-katanya tadi, yang paling rakat dalam ati ani adalah pasal tugas kitani dan tugas pramugari. 

Pendek ceritanya, kata Syeikh Nur, "Jangan kalah dengan pramugari. Kenapa demikian? Karna, pramugari melakukan tugasnya ketika berada di dalam kapal terbang. Pramugari bila nampak salah seorang penumpang menutup window shade masa kan take off, ia tagur. 'Tuan, tulung buka window shade kita a, kitani kan take off ni.'

Bila nampak kerusi penumpang sedikit ke belakang, ditagurnya, suruhnya stretkan kerusi.
Bila nampak tempat menyadal batis beturunkan, ia minta tani naikkan semula.
Bila nampak tani masang MP3, suruhnya buka dulu, karang masang bebaliknya.

Dan pelbagai teguran lagi yang dibuatnya bila nampak sesuatu yang melanggar etika. Kenapa tu ah ia membuat cematu? Supaya selamat kapal terabang atu, waktu take-off dan waktu kan landing.

Kata Sheikh (lebih kurang mafhumnya), pramugari lagi menagur tapi dengan sopan, dulutah kan kitani yang mengaku daie. Lagi patut menagur, membimbing, mengajar dengan sopan dan ngam cara dan masanya bila ada sesuatu larangan Allah yang dibuat oleh bisdia. Atau ada sesuatu yang bukan larangan tapi caranya membuat atu salah, jadi kitani bagitau. Tapi bisai-bisai. 

Macamatulah sekadar yang teringat. Pasal ani taun 2013 sudah. Aku ani menyambung semula draf untuk post taun 2010. Jangan tambah-tambah, watir tesalah. Kalam sheikh tah lagi yang kan disambung ani.

Cuma apa yang dapat ku fikirkan lagi dari tajuk ani kan, pramugari bukan semata-mata menagur saja. Ia menghidangkan makanan dan minuman pada waktu-waktu tertentu. Kemudian kalau bukan taimnya, kitani buleh minta minuman atau makanan ringan pat bisdia. Dan durang akan bagitau dengan sopan. Friendly lagi tu. Allah Allah.

SubhanaLlah dengan kesopanan atu, kitani akan lebih lagi tertarik dengan bisdia. Ingin lagi kan naik kapal terabang bisdia. Ngam tah lagi kemas kapal terabangnya atu. Servisnya pun mantop! Tapi mun marung, inda lama atu memang tani TER-mengucap. Erk!

Al-muhim, au wah. Kitani pun terai (cuba) cematu jua, bila daie servis mantop, berbudi bahasa lagi, insha Allah urang akan tertarik. Well, Rome isn't build in a day. Bukan lah maknanya tani pun misti buat exactly yang macam pramugari buat atu, indalah~ Tapi buat mana yang semampu tani, ikut kadar iman, atau ikut impian yang kan tani capai - Syurga Allah atau lebih tinggi lagi, kan jumpa Allah dalam keadaan tani taat dan Allah redha dengan kitani. 

Insha Allah, bila tani mau, tani doa mohon Allah perkenankan, dan insha Allah kalau atu yang terbaik untuk kitani, kitani akan dapat melakukannya. Insha Allah.

Jangan kalah dengan pramugari.

Semoga bermanfaat. 

p.s Inda semestinya pramugari, pramugara ia juanya.
p.s ii Buka mata hati, insha Allah akan dapat belajar di sana sini, walau dari seorang pramugari.


Wassalam.

Aingteh, 
Rumah, 10.04 malam,
8.10.2013

Jumaat, 4 Oktober 2013

Video mengenai melihat Rasulullah

Sebenarnya tujuanku memblog pada kali ini adalah untuk berkongsi dengan awda mengenai istifadah yang aku perolehi tadi dari kelas Pengajian Kitab Turath tadi pagi di Koleh Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPUSB). 

Namun, aku terhenti seketika ketika melihat satu perkongsian (Baca: share) daripada sahabat Facebook dari Singapura. Caption yang beliau tulis pada kaitan (Baca: link) yang dikongsi adalah: Dekat wlwpon jauh :))

Aku tertarik. Timbul rasa ingin tahu.

Klik.

Bermulalah dunia pengajian sementara yang penuh cinta di alam maya


Video yang dikongsikan beliau.

Subhanallah, siuk berabis. Berharap untuk berjumpa dengan Rasulullah. Sangat-sangat. Malang sungguh malang. Mengaku cinta, tapi perbuatan berkata sebaliknya.

Insha Allah semoga Allah kuatkan.

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم

Rumah, 11.59 malam. 
Jumaat

Writing a whole English entry.

I've just finished reading my youngest brother's English homework book. It is a journal which his teacher asked the whole class to do - in their own books, of course. Started since Year 9 until now (Year 11)

It was indeed funny - the language, the grammar, the sentence and the thoroughness - at first. Then when I came to the middle pages, it gets more interesting and more exciting. His English seems to improve, entry by entry. His vocabulary widened. Amusing. I truly am amazed by this work.

I got stunned by his phrase in his entry about a reflection he made about his journal throughout that year.

I came to notice while writing entries in this journal that the more I write, the more I make mistakes, but, that is actually the purpose of writing all these entries which is to improve your compositions.

Also the more regular I compose something, the better the gathering of ideas even while writing. Because it is like everything appears in the same time. And that makes me write for a long time before even stopping. Which is to sort out all these ideas that came in straight away. 

I don't know how this teacher works as a whole (in grammar, comprehension, etc), but in composition - really, she rocks! She explores the mind of the student. She lets the student to write whatever he/she has in mind. She give different smileys in different moods in every sentence which has a point - instead of giving a tick. She gives compliment on every work. In nearly all of the composition my brother has written, there's always a comment - sometimes long, sometimes short. The comments are not boring. This encourages the students to write more and explore their creativity. SubhanaLlah. Amazing!

Another one which made me feel full of awe was that my brother CAN really write in English! Despite the fact that he made terrible mistakes in the first two entries, he managed to write really well after that, with some considerable mistakes of course.

That English journal book of my brother deeply inspired me to write a whole English entry. And maybe one day a malay entry, brunei entry and even arabic entry, Insha Allah.

I don't really write well in English. So let this be the first entry -- in English without mixing it with Malay. Will reflect upon the improvements and the mistakes I might be doing someday. Just like my brother did.

p.s Mind the grammatical mistakes and the wrong vocabs. Still learning. I'm writing this before I went to sleep. So mistakes are prone to be made.

Remembered a story of an Islamic Scholar Imam Al-Baajoory rahimahuLlah. Hundreds of years ago, he wrote his famous poetry in Theology and other subtopics - Jauharatu At-Tauheed. He wrote the whole poem of 199 lines just BEFORE he sleeps.

Believe it or not, since then that book has been the reference concerning theology and so on. It is still being taught in the Masjid Al-Azhar (which was the former way of learning the deen) up till now. Call it barokah, call it karomah, name it. It has Allah's mercy in it.

If I were to write anything before I sleep, that writing might not be even a reference! SubhanaLlah, bismillah masha Allah to the islamic scholars who has colored the dunia and save us from being illiterate.

That's all I had in mind. Till then, I'll see you in the next entry.. (The way my brother ends his composition)

Rabu, 2 Oktober 2013

Bonda. 46

Alhamdulillah.
It's Babu's 46th Birthday!

Semoga sentiasa di dalam rahmat Allah.
Semoga sentiasa menjadi isteri yang solehah kepada suami yang soleh.
Semoga sentiasa menjadi ibu mithali kepada anak-anak yang juga ingin menjadi mithali.
Semoga sentiasa di dalam taufiq inayah Allah.
Semoga sentiasa dikurniakan kesabaran.
Semoga sentiasa ceria seperti selalu.
Semoga sentiasa awal seperti selalu.
Semoga sentiasa dikekalkan kebijakan yang ada bahkan ditambah lagi.
Semoga sentiasa harmoni.
Semoga sentiasa diberikan kesedaran seperti selalu
Semoga sentiasa redha dengan apa yang Allah tentukan.
Semoga sentiasa memotivasi as always.
Semoga diberkati umur.
Semoga dimurahkan rezeki.
Semoga dipermudahkan berurusan dengan Al-Quran.
Semoga dipermudahkan membuat keputusan
Semoga dipermudahkan segala urusan.
Semoga dipertemukan dengan Rasulullah yaqazatan wa manaama.
Semoga diberikan cinta dan CINTA.
Semoga menjadi pencintaNya yang sejati.
Semoga dihilangkan cinta kepada dunia dan menjadikan dunia jambatan akhirat.
Semoga dikurniakan kesihatan.
Semoga dikurniakan menantu-menantu dan anak-anak serta cucu-cicit yang soleh-solehah lagi muslih muslihah.

Twenty-three wishes times two equals to forty six =)

Loving you always,
Sheen.Ya.Mim.Alif.Hamzah = Aingteh

Bunga api & Restoran

29th September, 2013 - Poin pindik. Ahad malam. Ada persembahan Bunga Api. Lawa. Meliat dari kawasan bawah Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS). Dekat dengan air. Masha Allah. Lawa berabis.

Kisah Satu: Restoran dan Cap.

Balik dari sana, memikirkan mengisi parut. Pasal bejalan lebih kurang sebelum Ishaa sikit, then singgah solat Ishaa di Jame'. Jadi perut balum berisi. Cari punya cari, jumpa satu kawasan baaanyak restoran. Kurang pasti di mana. Al-muhim, masa kami turun dari kereta, nya babah, "Bah agatah cari yang ada cap nya lai." 

Wonder jua ku pasal mencari cap ani, kami pun raun-raun. Dalam masa atu ada di antara kami yang stress sikit, pasal lapar sudah. Tetanya-tanya tarus, 'Sejak bila di Brunei ani pun perlu dicari cap jua? Mun cematu payah tu eh.' 

Ditanya pat babah cemana kan mencari yang ada cap ani:

Kami: 'Bah, kenapa perlu dicari cap bah? Tani di Brunei jua ni. Kalau kan cari cap payah tu, huhu.'
Babah: 'Lai, kalau ndada cap halal atu, cari cap islamnya. Cari yang ada ayat-ayat sekurang-kurangnya nyaman jua ati. Kalau ada halal atu lagi terjamin, insha Allah.'

So mencari tah kami ni meliat-liat restoran-restoran ani. Hm, banar. Payah kan mencari yang ada cap halalnya. Barangkali durang pun dalam proses permohonan cap halal. Jadi bila cap atu ndada, kami cubalah cari yang ada ayat-ayat Quran atau yang ada lafzul jalaalah atau nama Rasulullah.

Walhasil, kecewa. Bila yang dicari-cari inda kejumpahan. Satu, pasal lapar sudah. Dua, pasal hairan, cemana bulih restoran di kawasan sini ndada ayat atu ah? Untuk menghusnuzzonkan diri, timbul pendapat, "Barangkali ada ayat kali, tapi di arah kawasan cashier. Atau barangkali damit saja ayatnya atu."

Akhirnya balik semula naik ke kereta. So kami pun menuju ke restoran lain. Di dalam perjalanan atu, bepikir jua eh. Restoran-restoran yang kami liat tadi bukan inda lawa, lawaa. Namanya pun menarik. Tapi sayang, dekor di dalam tu cuma mementingkan hiasan zohiri. Hiasan rohani, kosong.

Okelah, mungkin aku silap perkiraan jua, pasal mana ku masuk restoran-restoran atu. (Inda jua ku kan masuk restoran sebuah-sebuah dan meliat-liat di dalam atu kali ah). Jadi inda jua dapat kan ku katakan hiasan rohaninya kosong. Manala tau damit ganya ayat atu. 

Ganya, kalau tah dapat setiap restoran atu adakan sesuatu yang boleh ingatkan para pelanggan kepada Allah. Kata-kata motivasi kah, hadith kah, ayat Quran, ismul a'zam @ lafzul jalaalah @ Allah, nama Rasulullah, dsb. Dapat pahala. Restoran pun dapat jua berkatnya. Insha Allah. Maju tu tarus..

bersambung kisah kedua.. 

Sabtu, 31 Ogos 2013

Alhamdulillahhhh. Fourth Year!

29th of August, 2013.

Alhamdulillah. Mula-mula, ada tetamu yang datang berkunjung ke rumah. A016, U172, N077, F306 dan W2712 hadir ke rumah membawa rahmah. Pesan seorang alim, "Tetamu itu barokah. Layan tetamu sebisai-bisainya. Pasal Rasulullah suruh tani memuliakan tetamu. Tanda sayang tani kepada Rasulullah, ikuti kedia."

Dan dorang bawa kek harijadi! Pasal adindaku birthday kemarinnya. Dan jua durang silaturrahim. Alhamdulillahh. Lama inda ku bejumpa bisdia.

Setelah mereka pulang, aku naik ke bilik dan duduk di hadapan laptop. Hati bergetar melihat skrin. Ada tanda menandakan aku menerima satu mesej di dalam inbox. Ku lihat nama penghantar. Kak Rizqa dari Indonesia yang berada di bumi anbiyaa. Rasa ingin tahuku mendorong aku untuk meminta pertolongan daripada beliau untuk melihatkan natijahku di Kulliyah Banat, Al-Azhar beberapa hari sebelum hari ini.

Mengabak. That's what I felt. In came my brother to my room.

I clicked the icon. Dengan penuh bacaan Bismillahir Rahmaanir Rahiim.

"Ma'lesy kemaren tak da koneksi internet, alhamdulillah mabruk. Enti najah."

Ya Allah, ya Allah. "Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.."

Bersyukur sangat-sangat. Aku lulus naik ke Tahun 4, Universiti Al-Azhar dalam bidang Usuluddin qism Tafsir dan Ulum Al-Quran, tanpa membawa subjek. Bermakna aku lulus di dalam semua subjek. Aku mengambil masa tiga tahun untuk lulus semua subjek.

It was tough to accept my failures at first because my other friends might be on their way finishing the line of Masters and I would be 'ketinggalan jauh di belakang', but still alhamdulillah. Aku yakin bahawa Allah merancang sesuatu yang terbaik untuk setiap hamba-hambaNya. Yang terbaik untuk mereka mungkin Masters. Yang terbaik untukku mungkin benda lain. Yang terbaik untuk dia mungkin benda yang berbeza. Semuanya PASTI ada hikmahnya.

Bila masa jua Allah merancang sesuatu atu ndada hikmah, kan?

Belajar untuk redha dan yakin dan BERSYUKUR atas ujian yang Allah berikan. Kerana bila Allah uji itu bermakna sayang. Boleh jadi dengan ujian itu, kita semakin mendekat kepada Allah dan kita akan semakin hampir kepada matlamat yang kita inginkan --> Allah wa bas, wel baqi khas.

Syukur alhamdulillah, sekarang menanti keputusan ujian adindaku yang lagi satu. Semoga Allah kurniakan keputusan yang menggembirakan hatinya.

Timbul di dalam minda sedarku, apakah ujian yang akan Allah berikan dengan lulusnya aku ke Tahun 4 di Universiti Al-Azhar ini?

Ketahuilah bahawa setiap sesuatu itu ada ujian. Kegembiraan adalah ujian. Kesedihan juga adalah ujian. Semoga aku dan insan-insan yang di sekelilingku tidak lalai dengan kurniaan Allah yang ini. Semoga aku dan insan-insan yang di sekelilingku tidak lupa diri.

Kerana yang Maha Berkuasa itu adalah Allah. 
Yang Maha Mencintai itu adalah Allah.
Yang Memberi Hidayah itu adalah Allah.
Yang Maha Menyayangi itu adalah Allah. 
Yang Maha Pengampun itu adalah Allah. 
Yang Maha Santun itu adalah Allah.
Yang Maha Lembut itu adalah Allah.
Yang Maha Mengetahui itu adalah Allah.

Yang Maha Adil itu adalah Allah.
Yang Keras SiksaNya itu juga adalah Allah. 

Allahku, mohon Kau sentiasa mengurniakan kami dan mereka-mereka yang berada di sekeliling kami hidayah dan taufiq serta inayah. Tunjukkan kami ke jalan yang lurus. Berikan kami peringatan sekiranya kami terlalai. Kurniakan rasa malu kepada kami bila kami berbuat kesalahan. Kurniakan rasa ingin bertaubat bila kami berbuat dosa. Teguhkan iman kami, dan tetapkan hati kami bersamaMu. Hanya bersamaMu.

Amiin ya Wadoud.

Whatever you do, do it for the sake of Allah. 
Seek for His guidance.
Allah will help you.
Allah will guide you.
For sure.
And always seek the forgiveness of Allah.
Istighfar.
And always selawat to our beloved Prophet Muhammad Sallallahu 'Alayhi Wasallam.
Selawat.
And always do tahlil.
Laa ilaha illaLlah.

Wassalam

Aingteh, 
12.52, Darul Faizien.

Rabu, 28 Ogos 2013

Her Birthday

So alhamdulillah I woke up without hearing my mom's voice today. Alhamdulillah. It happens that to set the aircond to switch off around 3am is working, if you want to wake up early before babu. Bukan apa, it's because tani rasa inda selesa sal kepanasan. *yang calinya, majal jua lakat kan tidur atu. aish*



Today is my beloved one's birthday. She's a Korean freak. Yet she's a pintar, kind BIG heart and mukhkhuha shaghghaal and has ended her pembelajaran di Universiti Al-Azhar dalam jurusan Aqidah Falsafah. Four years straight! Bismillah masha Allah. People say it's the toughest course.

Semoga Allah kurniakan kebaikan yang berterusan, dibukakan pintu yang selama ani ditunggu-tunggu, dikurniakan mahabbah dan ma'rifat yg sempurna, dikurniakan hati yg BESAR lagi dan lebih luas untuk menampung isi yang lebih besar dan luas dari sebelum ani, kesabaran yang tinggi lagi, diberkati umurnya, diistifadahkan ilmunya, hormat orang tua dan suami. Insha Allah khayr.

Happy 23rd birthday, SiKiyute! I am not a good one for you. But I'll try to be the best. You deserve better. Bittaufiq wannajah in whatever you do. La haula wa la quwwata illa biLlah al-'aliyyi al-'aziim.

Anyhow, after we had our breakfast, washed the dishes as usual, I got upstairs - and on my way to the room I opened the windows in the stairs to let the fresh air in - in my room I go in and sit in front of the laptop as usual. I saw this video. Was just merely looking at it .. And I clicked to watch it.

Click it and watch it first.



SubhanaLlah, the woman who was semi-naked said,

"Islam has liberated me from being a person who cannot leave the home without being half an hour infront of the mirror, without spending on different types of designer clothing.

Islam has liberated me and I just put on a black cloak and I walk out. That's it.." 

Yaaaah, seriously, this is quite a shock to me! I've never thought of this before. Being in Brunei with the adat and being surrounded by the people who always talk about this baju and that baju, this color that color, this fashion and that fashion. Just wanting to look great and beautiful in front of others. This indeed is not pleasing. And we're being in the prison of wanting the people look at us and praise us for our external beauty and pay less attention to the inner beauty. THAT makes us want more and more. This is how the women are told to do. to being to attract a mass of men. What is it for? Just for mere pujian? Well, unfortunately, yes. And some other answers, 'Tani mau jua kan jadi lawa. Supaya dapat nyamankan ati.'

Ganya, mungkin dalam negeri kitani lain kali sedikit. Pakai baju kurung ani satu kebiasaan dan adat Brunei dari zaman berzaman. Jadi inda mendatangkan masalah.

Tapiiii..

Fesyen-fesyen yang sekarang ani yang inda. Bercampur adat kitani dengan adat Barat yang kurang islamik. Fesyen baru adalah suatu benda yang mendatang. Bisai sudah baju kurung kitani yang dari daulu atu, lunggar. Inda menampakkan bentuk tubuh. Menjaga bini-bini. Jadi bagiku, pakai baju kurung atau jubah bekaler-kaler tu insha Allah okay. As long as tani menjaga kehormatan tani.

Pada masa yang sama,

Sedih ku jua. Sekarang ani, mungkin pasal pengaruh TV yang membuatkan kami bini-bini inginkan menarik perhatian orang lain. (Kah tu?) Lagi banyak nampak bentuk badan, lagi menarik di mata urang. Atau palingpun, membayang. Hayyoohh, perasan inda perasan, kalau bekait dengan nampak bentuk badan, bukan maknanya ia membuatkan urang tebayangkan urang yang diliatnya atu dalam ruangan yang inda sepatutnya kah? I know berlapik kalamku, tapi aku harap tebayang maksud yang ku sampaikan.

Seriously, aku baru tefikir pasal benda ani. Allah, aku bukanlah hambaMu yang baik. Tapi aku mencuba dan mencuba walau berkali-kali ku jatuh.

Ani dari segi syariat.

Apa-apa pun, hati tetap mesti jaga. If you have that some thing in you yang berharga, suka bersedekah contohnya, or suka husnuzzon, work on it.

Semuanya dari Allah. Allah Ghafour, Allah Raheem, Allah Wadoud but at the same time Allah 'Adil, Allah syadeedul 'Iqob.

Allahumma fahhimna 'anka.

Aingteh,
11.50am, Darul Faizien

Selasa, 27 Ogos 2013

Al-Arif Billah Syaikh Abdul Qadir Isa

||Al-Arif Billah Syaikh Abdul Qadir Isa: Pembaharu dan Pemurni Tasawuf Zaman Ini||

|Nama Dan Nasab|

Beliau ialah Syeikh Abdul Qadir bin Abdillah bin Qasim bin Muhammad bin Isa Azizy Al-Halabi Al-hanafi As-Syazili. Nasabnya bersambung kepada Syeikh Umar Al-Ba’aj yang berketurunan Sayyiduna Imam Husein ra. cucu kepada Baginda Rasulullah SAW.

Beliau dilahirkan di kota Halab, Syria pada tahun 1338H/1920M dari kedua orang tua yang hidup sebagai orang awam, bukan keturunan ulama. Beliau hidup dengan senang dan serba cukup bersama kedua orang tuanya.

|Masa Muda Syeikh|

Di awal masa mudanya, beliau sangat menyukai kegiatan olahraga dan sukan. Beliau juga sentiasa mengenakan pakaian yang mewah, dan memakai minyak wangi yang paling mahal.

Setelah mendapat Hidayah Allah, beliau tidak lagi suka dengan gemerlap dan mewahnya dunia. Ketika beliau berpaling dari dunia, cara hidupnya berubah secara total tidak sebagaimana kebiasaannya dulu yang senantiasa hidup dalam kelalaian dan kesenangan dunia. Beliau mula melalui jalan spiritual menuju Allah. 

Beliau mula mendalami dan melalui jalan Ihsan dan muroqabatullah ataupun 'Tasawwuf' demi menuju kepada Allah dengan sebenar-benarnya "صدق التوجه الى الله"

|Perjalanannya Dalam Mencari Ilmu|

Beliau diberikan kecintaan menuntut ilmu, kemudian bersuhbah(melazimi) dengan para ulama sufi di zamannya, diantara guru-guru awalnya di Halab adalah: Syeikh Muhammad Zammar, dan Syeikh Ahmad Muawwad.

Antara guru-gurunya dalam ilmu syari'at juga:

1)Al-Allamah Al-Muhaddith Syaikh Abdullah Sirajuddin
2)Al-Allamah Syaikh Ahmad Al-Kurdi
3)Syaikh Muhammad Mallah
4)Syaikh Abdul Wahhab Al-Tanuji r.a. dll

Pada tahun 1949 beliau aktif menjadi seorang pendidik di Madrasah Asy-Syu'baniyah, beliau mengajar di sana selama enam tahun.

Disela-sela kesibukan beliau sebagai sorang pendidik, beliau juga seorang imam dan khotib di Masjid Hamad.

|Perjalanan Spiritualnya|

Sebelum beliau bergabung dengan madrasah Asy–Syu'baniyah, beliau pernah bersuhbah pada Syeikh Hasan Hasani, seorang Syeikh Tarekat(Jalan Sufi) Al–Qodiriyah. Kemudian beliau menempuh perjalanan spritualnya dibawah didikan dan kumpulannya hingga akhirnya beliau diberi izin untuk mengembangkan tarikat ini. Dan ditengah-tengah suhbahnya beliau tetap mengajar di madrasah Syu'baniyah.

Ketika beliau masih menuntut ilmu di madrasah Syubaniyah, beliau terkenal dengan sifat-sifatnya yang baik, dan budi pekertinya yang luhur, semangatnya yang tak pernah pantang menyerah, semua itu menunjukkan akan keperibadiannya yang baik. Maka tak hairanlah meskipun beliau masih menjadi seorang pelajar, banyak teman-teman di madrasahnya berada dalam bimbingan dan irsyadatnya.

Di antara tanda ketinggian semangatnya dan kejujuran keinginannya untuk mendapatkan cinta dan keredhaan Allah, gelar 'Syeikh'(Tuan Guru) tidak membuatnya sombong (gurur), dan tidak pernah merasa cukup dengan apa yang telah diperolehnya berupa ketinggian dan kedudukannya, maka beliau senantiasa mencari seorang syekh yang kamil yang dapat mengenalkan dirinya kepada Allah. Tentang hal ini ia berkata:

“Aku pernah membaca dalam kitab syarah Al-Hikam karya Ibnu Ajibah, aku melihat didalamnya ada sesuatu yang aku sendiri belum merealisasikannya- meskipun pada saat itu aku sudah menjadi seorang Syeikh, pada saat itu aku sedar sekali bahawa aku harus bersuhbah dengan seorang syeikh yang kamil(murobbi ilmu ihsan dan hakikat) ”.

Di kota Halab beliau belum mendapatkan apa yang diinginkannya, maka beliau memutuskan untuk pergi ke Damaskus. Disana beliau bertemu dengan para ulama setempat, akan tetapi dari sekian banyak ulama yang dijumpainya, beliau belum mendapatkan seorang syeikh yang menjadi dambaannya. Lalu beliau berulang-ulang menziarahi kuburan Syekhul akbar Muhyiddin Bin Arabi r.a. lalu beliau mendapat ilham/petunjuk untuk bersuhbah kepada Syeikh Muhammad Al-Hasyimi As-Syazili, salah seorang Syekh Thariqoh Asy-Syaziliyah. 

Lalu beliau mencarinya, dan mendapatkan syeikh Muhammad Al-Hasyimi berada di masjid Al-Umawi di Damaskus sedang memberikan pengajian ilmu tauhid kepada beberapa orang muridnya. Beliaupun mendatangi majlis Syekh Al-Hasyimi dan memperkenalkan dirinya, lalu Syeikh Al-Hasyimi berkata kepadanya: “Engkau adalah orang yang paling akhir datang, dan Insya Allah engkau akan menjadi orang pertama diantara mereka, ketahuilah sekian lama aku telah lama menunggumu”.

Maka sempurnalah keinginannya untuk bersuhbah dengan seorang syekh yang kamil, beliau bersuhbah dengan Syekh Muhammad Al-Hasyimi As-Syazili tahun 1952 sampai Syekh Muhammad Al-Hasyimi wafat tahun 1961 M.

Ketika Syekh Al Hasyimi melihat pada diri Syekh Abdul Qodir Isa kemampuan untuk membimbing, maka beliau mengijazahkan wirid am dan khas dalam tarikat Syaziliyah, sebagaimana diizinkan pula untuk membimbing dan mentarbiyah. hal itu terjadi pada tahun 1338 H / 1958.

Syekh Abdul Qodir Isa ketika itu masih menjadi imam dan khotib di masjid Sahah Hamad sampai akhirnya beliau ditempatkan di Masjid Al-Adiliyah, kemudian disana beliau membuka majlis zikir setiap hari kamis setelah solat isya.

Syeikh memakmurkan Masjid Al-Adiliyah dengan majlis-majlis ilmu dan zikir, hingga tersebarlah kemasyhurannya kesemua pelosok negeri, maka berbondong-bondonglah orang-orang belajar kepada beliau dengan berbagai macam tingkat keilmuan mereka. Setelah itu tersebar luaslah Tarekat yang beliau pimpin di sebagian besar wilayah Syiria, bahkan menyebarluas sampai ke negara-negara tetangga seperti: Jordan, Turki, Lebanon, dan Irak. Dan terus menyebarluas kemasyhurannya sampai hampir tidak ada satu negarapun di dunia ini, melainkan terdapat para ikhwan dan murid-murid syekh. Dan tarekat ini pun sampai juga ke negeri Kuwait, Saudi Arabiya, Morocco, Afrika selatan, India, Pakistan, Inggris, Belgium, Prancis, Kanada, Amerika, Indonesia dan negara-negara lainnya. Semua ini menunjukkan penguasaan Syeikh yang luas dalam bidang ma’rifat, tarbiyah dan irsyad.

Syeikh merupakan antara pembaharu pertama dalam tarikat sufiyah secara umum dan tarekat syaziliyah secara khusus. Hal ini terbukti dari buku beliau yang berulang kali dicetak ulang dan diterjemahkan kedalam bahasa inggeris, turki, indonesia dan melayu hingga nama beliau terkenal di mana-mana berjudul "Haqaiq 'An At-Tasawuf"

Ketinggian maqom syeikh dan qobul(penerimaan) daripada Allah kerana keikhlasannya terbukti dengan tersebarnya karya beliau dan diterima masyarakat awam serta banyaknya murid-murid beliau dari berbagai macam tingkat pendidikan dari setiap negara. Murid-murid beliau laksana penyambung lidah beliau dalam dunia tarikat, kerana Syeikh tidak meninggalkan kekayaan ilmiyah kecuali buku (Haqoiq an At- Tasawuf) saja. Itu semua disebabkan kesibukan kewajiban-kewajiban da’wah yang harus diperbaiki yang berada dipundaknya dalam rangka menyebarkan tarikat yang benar yang sesuai dengan Al-quran dan Sunnah. Masalah ini telah disebutkan dalam lembaran-lembaran buku beliau.

Inti dari manhaj beliau dan apa yang ingin beliau sampaikan kepada orang-orang, telah dituangkan dan dijelaskan dalam bukunya ”Haqoiq an An- Tasawuf ” di mana buku ini sebagai pembuka dalam memahami ilmu syariat dan hakikat. Hingga banyak orang menerima dan mengambil manfaat dari kitab ini sesuai dengan tingkat pendidikan mereka.

|Karamah Syeikh|

Diceritakan bahwa syeikh memiliki sejumlah karamah dan kasyaf (kepekaan spiritual) yang nyata, akan tetapi beliau menepis semua hal itu, bahkan senantiasa mengingatkan para murid agar tidak terjebak pada karamat dan khusyufat, dan beliau senantiasa menegaskan bahwa: 

“Karamat yang paling besar adalah istiqomah terhadap syariat Allah SWT”. 

Dan definisi tarekat menurut syekh adalah: beramal menurut syariat”. Ketika beliau mendefinisikan tasawuf, beliau berkata:

“Tasawuf semuanya adalah akhlak, barang siapa yang bertambah akhlaknya maka bertambah pula nilai ketasawufannya”.

Selama lima tahun beliau mendapat kemuliaan tinggal di kota Madinah berdekatan dengan maqam Rasulullah Saw, kemudian menetap di Jordan tepatnya di kota Aman untuk berda’wah (menyeru kepada Allah), apa yang dilakukan beliau sebagaimana perilaku para Siddiqin al-mutahaqqiqin yang bila singgah di suatu tempat, masyarakat setempat senantiasa mengambil manfaat dari ilmu, prilaku, dan da’wahnya.

Pada tahun 1991 beliau pergi ke Turki mengunjungi salah seorang muridnya Sayyid Syekh Ahmad Fathullah, salah seorang khalifah tarekat. Ketika disana syekh terkena sakit, dan penyakitnya semakin parah, kemudian beliau dirawat di salah satu rumah sakit di kota Mar-asy, setelah itu beliau dipindahkan ke salah satu rumah sakit di kota Istambul.

Para doktor pakar yang merawat syeikh merasa hairan, kerana tidak sedikit pun tampak diwajah Syekh adanya rasa sakit, beliau diam, tanpa mengeluh sedikitpun. Hati, mata hati, dan seluruh tubuhnya tenggelam merasakan kebesaran dan mahabbah Allah Swt.

Salah seorang putra Syekh ingin menenangkan perasaan, dan kesedaran Syekh, dan dari masa komanya yang panjang, juga dari kesehatan akalnya, karena sejak sakit beliau tidak berbicara dengan siapa pun. Sebelum Syekh sakit beliau selalu memberikan pendidikan khusus dengan putranya ini, kerana itulah putranya bertanya tentang bait syair yang pernah didengar dari bapanya, untuk mengingatkan kepada yang hadir bahwa Allah selalu menangani (memelihara) orang-orang soleh. 

Alhamdulillah kondisi kesedaraan, kepekaan, dan akal syekh dalam keadaan normal. Diamnya Syekh disebabkan beliau sedang hanyut dengan cinta Allah Swt. Lalu putranya membacakan bait syair yang berbunyi:

Hai orang yang bertanya kepadaku tentang Rasulullah,bagaimana ia lupa

Lupa itu ………………………………..

Kemudian ia berhenti, dan berkata kepada bapanya, wahai bapaku tolong sempurnakan untukku bait syair ini, lalu syeikh menoleh kepadanya, dan menyempurnakan bait itu:

Lupa itu dari setiap hati yang lalai dan main-main

Lupa lubuk hatinya dari segala sesuatu

Maka ia lupa dari yang selain Allah

Beliau terus mengulang-ngulang bait syair ini: Lupa itu dari setiap hati yang lalai dan main-main

Kemudian mengalirlah air matanya dan menangis, setelah itu beliau tidak pernah berbicara dengan siapapun.

|Wafatnya|

Beliau wafat pada hari sabtu, jam 6 petang, 18 Rabiulakhir 1412H, bertepatan dengan tanggal 26 Januari 1991 M. Beliau dimakamkan di samping sahabat Rasulullah yang agung Abu Ayyub Al–Anshari ra di Istanbul, Turki.

Dengan wafatnya beliau kaum muslimim merasa kehilangan seorang mursyid kamil, ِAl-arif billah, dan tokoh spritual yang alim yang keberadaannya sangat diperlukan ummat. Semoga Allah merahmati dan menempatkan beliau disisiNya yang paling tinggi, dan menempatkan beliau di syurga yang luas bersama para Nabi, siddiqin, syuhada dan orang-orang soleh. Amin.

Dengar dan aminkan doa dari suara beliau sendiri radhiallahu 'anu wa ardhah di:http://www.youtube.com/watch?v=8VSVCzYSn78 

>>Nota Tambahan Dari Admin : 

Syukur kepada Allah kerana Al-Faqeer telah berguru dengan anak murid rapat Al-Arif billah Syaikh Abdul Qadir Isa r.a ini iaitu Guru Yang Mulia Al-Allamah Al-Faqih Al-Arif billah Syaikh Dr. Yusuf Al-Bakhour Al-Hanafi As-Syazili Al-Hasani, bekas Mufti Canada yang menetap di Lubnan. Beliau sering mengajar di Mesir dan banyak menceritakan kisah-kisah gurunya Syaikh Abdul Qadir Isa kepada kami. Kata guruku Syaikh Yusuf hafizahullah, Syaikh Abdul Qadir Isa bermazhab hanafi, beliau sangat bijak, faqih dan berakhlak tinggi. ٍSuatu ketika, beliau bermusafir dan melakukan jama' qasar sedangkan beliau bermazhab hanafi (selain ke Muzdalifah dan Arafah di sisi Mazhab Hanafi tidak boleh jama' qasar), lalu bertanya Syaikhuna Dr. Yusuf tentang itu, akan tetapi beliau menangguhkan jawapannya, kemudian ditanya lagi pada tempat yang lain, akhirnya Syaikh Abdul Qadir Isa menjawab, menurut mazhab syafiie ianya boleh dan ilmu mereka semua adalah daripada datuk kita Rasulullah SAW (وكل من رسول الله ملتمس) . Satu kaedah fiqh menyebut: 

من ابتلي بشيء من ذلك (المختلف فيه) فليقلد من أجاز
Ertinya: "Sesiapa yang terdesak atau ditimpa darurat dalam perkara khilaf, maka bertaqlidlah pada sesiapa yang membolehkan"

Beliau juga berpesan untuk tidak taasub mazhab dan berpecah belah dengan hal khilaf(perbezaan pendapat). Pesan beliau lagi:

تمسكوا بمذهبك! من قلد عالما لقي الله سالما

Ertinya: "Berpeganglah dengan mazhabmu! Barangsiapa yang mengikut/bertaqlid seorang 'Alim(dari 4 mazhab), maka dia akan berjumpa Allah dalam keadaan yang Salim(selamat)"

radhiallahu ta'ala 'anhuma wa ardhahuma..

اللهم صلى وسلم وبارك على سيدنا محمد عدد اوراق الاشجار وعدد مياه البحار وعدد ما اظلم عليه اليل وما اضاء عليه النهار

****

Dari Facebook seorang sahabat, Dr. Fara.
Sidquttawajjuh Ila Allah --> Itu yg penting. Semoga.
Insha Allah.
Doakan.


Khamis, 22 Ogos 2013

Cerita urang tua-tua

Bismillah.
Sekadar catatan.
Dipendekkan cerita.

26hb Ogos, 2012 - Aku di sana masatu mendangar cerita urang tua-tua. Well, umurku masatu 23. Bisdia 40-an ke 50-an.

Ceritanya:
# Durang ingau ati pasal perguruan Brunei yg SHBIE dah kena tiadakan. Siapa kan jadi guru di masa akan datang. Dengan situasi pasti ; Guru akan pencen dan perlukan pengganti. Sistem perguruan yg ada di UBD inda cukup masa dan hasilnya sangat kurang kualitinya. Inda menyamai dengan program yg pernah ada.

Teringat kata-kata seseorang, "Bila kan menghentam sesebuah negeri, memang pendidikan yg dikerajakan."

Mudahan Brunei dan negeri jiran serta negeri muslimin muslimat terpelihara. Ameen.

# Usin. Pohon itu, pohon ini. Keduluran. Tapi KDYMM bagus.

# Indonesia. Bebas bersuara. Demokratik. Tiada tersinggung. Di sini, bekontrol jadi inda berani bersuara. Dan akibatnya, orang mudah tersinggung.

# Negeri yg rasanya nada kementerian ugama, tapi ugama dilaksanakan oleh rakyat yg inginkan perlaksanaan. Contoh: Kedai ditutup saat azan didengar. Then solat. Then buka balik selepas solat. Bila dangar, macam Mesir punya pisin.

"Kenapa mau ditutup pak kedainya?" 
"Kan nggak lama lagi udah mau azan nih.." 
"Oh iyaa."

Kitani ada kementerian ugama. Pemimpin kitani inginkan agama dihidupkan di Brunei. Menjadikan Brunei sebagai sebuah Negara Zikir. Tinggal melaksanakan lagi. Namun siapakah yg akan melaksanakannya kalau bukan yg ahlinya? Kalau bukan yg mempelajari bidang agama secara khususnya? Orang agama tanpa disedari berada di tempat pertama dalam hati Kebawah Duli.

Titah sudah ada. Tinggal ingin dilaksanakan atau tidak. Pemimpin, bawah pemimpin, rakyat. Sama-sama kitani.

Hmph..

Tapi inda papa. Step by step bah. Mana bulih mengajut jua. Karang efeknya sekajap saja lapas atu bebalik. Oh oh oh, atu yg inda tani mau tu.

Elek-elek.
Sambil elek, bedoa.
Sambil elek berusaha.
Khayran insha Allah.

Be with Allah, Allah will be with you.
Always.