Sabtu, 31 Ogos 2013

Alhamdulillahhhh. Fourth Year!

29th of August, 2013.

Alhamdulillah. Mula-mula, ada tetamu yang datang berkunjung ke rumah. A016, U172, N077, F306 dan W2712 hadir ke rumah membawa rahmah. Pesan seorang alim, "Tetamu itu barokah. Layan tetamu sebisai-bisainya. Pasal Rasulullah suruh tani memuliakan tetamu. Tanda sayang tani kepada Rasulullah, ikuti kedia."

Dan dorang bawa kek harijadi! Pasal adindaku birthday kemarinnya. Dan jua durang silaturrahim. Alhamdulillahh. Lama inda ku bejumpa bisdia.

Setelah mereka pulang, aku naik ke bilik dan duduk di hadapan laptop. Hati bergetar melihat skrin. Ada tanda menandakan aku menerima satu mesej di dalam inbox. Ku lihat nama penghantar. Kak Rizqa dari Indonesia yang berada di bumi anbiyaa. Rasa ingin tahuku mendorong aku untuk meminta pertolongan daripada beliau untuk melihatkan natijahku di Kulliyah Banat, Al-Azhar beberapa hari sebelum hari ini.

Mengabak. That's what I felt. In came my brother to my room.

I clicked the icon. Dengan penuh bacaan Bismillahir Rahmaanir Rahiim.

"Ma'lesy kemaren tak da koneksi internet, alhamdulillah mabruk. Enti najah."

Ya Allah, ya Allah. "Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.."

Bersyukur sangat-sangat. Aku lulus naik ke Tahun 4, Universiti Al-Azhar dalam bidang Usuluddin qism Tafsir dan Ulum Al-Quran, tanpa membawa subjek. Bermakna aku lulus di dalam semua subjek. Aku mengambil masa tiga tahun untuk lulus semua subjek.

It was tough to accept my failures at first because my other friends might be on their way finishing the line of Masters and I would be 'ketinggalan jauh di belakang', but still alhamdulillah. Aku yakin bahawa Allah merancang sesuatu yang terbaik untuk setiap hamba-hambaNya. Yang terbaik untuk mereka mungkin Masters. Yang terbaik untukku mungkin benda lain. Yang terbaik untuk dia mungkin benda yang berbeza. Semuanya PASTI ada hikmahnya.

Bila masa jua Allah merancang sesuatu atu ndada hikmah, kan?

Belajar untuk redha dan yakin dan BERSYUKUR atas ujian yang Allah berikan. Kerana bila Allah uji itu bermakna sayang. Boleh jadi dengan ujian itu, kita semakin mendekat kepada Allah dan kita akan semakin hampir kepada matlamat yang kita inginkan --> Allah wa bas, wel baqi khas.

Syukur alhamdulillah, sekarang menanti keputusan ujian adindaku yang lagi satu. Semoga Allah kurniakan keputusan yang menggembirakan hatinya.

Timbul di dalam minda sedarku, apakah ujian yang akan Allah berikan dengan lulusnya aku ke Tahun 4 di Universiti Al-Azhar ini?

Ketahuilah bahawa setiap sesuatu itu ada ujian. Kegembiraan adalah ujian. Kesedihan juga adalah ujian. Semoga aku dan insan-insan yang di sekelilingku tidak lalai dengan kurniaan Allah yang ini. Semoga aku dan insan-insan yang di sekelilingku tidak lupa diri.

Kerana yang Maha Berkuasa itu adalah Allah. 
Yang Maha Mencintai itu adalah Allah.
Yang Memberi Hidayah itu adalah Allah.
Yang Maha Menyayangi itu adalah Allah. 
Yang Maha Pengampun itu adalah Allah. 
Yang Maha Santun itu adalah Allah.
Yang Maha Lembut itu adalah Allah.
Yang Maha Mengetahui itu adalah Allah.

Yang Maha Adil itu adalah Allah.
Yang Keras SiksaNya itu juga adalah Allah. 

Allahku, mohon Kau sentiasa mengurniakan kami dan mereka-mereka yang berada di sekeliling kami hidayah dan taufiq serta inayah. Tunjukkan kami ke jalan yang lurus. Berikan kami peringatan sekiranya kami terlalai. Kurniakan rasa malu kepada kami bila kami berbuat kesalahan. Kurniakan rasa ingin bertaubat bila kami berbuat dosa. Teguhkan iman kami, dan tetapkan hati kami bersamaMu. Hanya bersamaMu.

Amiin ya Wadoud.

Whatever you do, do it for the sake of Allah. 
Seek for His guidance.
Allah will help you.
Allah will guide you.
For sure.
And always seek the forgiveness of Allah.
Istighfar.
And always selawat to our beloved Prophet Muhammad Sallallahu 'Alayhi Wasallam.
Selawat.
And always do tahlil.
Laa ilaha illaLlah.

Wassalam

Aingteh, 
12.52, Darul Faizien.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan