Khamis, 27 Mac 2014

10 Tips Berguna Untuk Perkembangan Anak (Bahasa Brunei+English)

Bismillah. Ani artikel yang ku alihbahasa dari bahasa malaysia ke bahasa brunei. Belurih artikel ani dari sini. Insha Allah mudahan bermanfaat. Arahku dan arah kamu dan arah biskita yang membaca. Takaduhung ketani sekarang ani banyak membarakan anak-anak ipad, telipun dan sebagainya arah anak tani. Baiktah tani tau jua. 

Aku pun baru jua tau pasal ani. Mudahan anak-anak tani selamat. Amiin ya Rabb.


-------------------------------------------


Banarnya baaaatah ku bepikir untuk kan mengapdet blog pasal benda ani.
Lama sudah kan share.
Dari 4 bulan lapas dah.
Tapi bila kan share saja, mesti ada rasa macam malu lah, watir ada urang terasa lah, takut urang misinterpret lagi, takut urang ingat macam andal.
Macam-macam.

Tapi sudah lama-lama ku fikir, semua begantung arah niat.
Kalau kan sebarkan manfaat, oke kan?
Apa urang kan fikir, lantak lah mana saja.
Yang penting, DAPAT SEBARKAN MANFAAT. 
Atu saja.

Wahh, mukaddimahku ah.
Macam.
Mantap.
Usulnya.
Puih.

:D

Sebenarnya kan, 
Beberapa bulan sebelum Haikal ngam-ngam 2 tahun masa seriatu, kami ada bejumpa dengan Child Psychiatrist. 
Namanya Dr. Sherine. Kalau di Penang ani, Dr. Sherine ani memang feymes lah. Biskita boleh jumpa kedia di Hospital Gleneagles, Penang.
Kepada yang inda tau, Child Psychiatrist ani adalah pakar brain development dan behavior kanak-kanak. Macam kalau ia liat perangai sekian-sekian, ia boleh tau apa masalah anak atu. 
Cematulah.

Aku rasa inda perlu kali aku kan explain di sini kenapa kami bawa Haikal jumpa Child Psychiatrist atu. Macam complicated saja kalau kan cerita sebab musababnya.

So tani skip cerita atu.
Boleh ah?

Yang kan ku share di sini ialah..
masa kami jumpa Dr Sherine atu banyak berabis input yang beguna ia dibaginya.

Terutama untuk anak-anak yang umurnya 0 - 3 tahun.
Begunnnna berabis banar-banar.
In fact, ada yang ku praktikkan apa yang doktor atu bagi.
Dan alhamduliLlah memang berkesan =)

Ok aku buat dalam point form lah ah.
Supaya sanang kan difahami.

1. Biasakan dan kerapkan bawa anak main pasir, bubble (buih), rumput dan tanah liat.

Kalau boleh biar ia pigang pakai tangan dan kaki. Biar ia terexpose dan touch dengan texture pasir, rumput, buih, dll. Barang-barang cematu atu sangat merangsang motor skills dan sensory skills anak-anak.
Aku kan explain labih-labih pun, aku bukan doktor T_T
So ikut saja lah ah fakta yang kana bari ani.


2. Don't expose to too much things in a box.

"Things in a box" atu macam tv, Ipad, tablet, phone, games, etc. Yang ani paling membari watir. Aku liat dengan mata sendiri, masa pigi ke special school Dr Sherine atu, ada sorang kanak-kanak Australia ani. Umurnya baru 4 tahun. Jari tangannya, kakinya, lututnya macam inda normal. Inda taulah cana kan describe.
Tapi tau apa reasonnya ia jadi catu?
Sebab luan banyak expose ke computer light dan touch screen!!
Scary berabis hoiii.
Inda sangka bulih jadi cematu kan.
Tau mama anak atu expose anak atu main Ipad darinya lahir? T_T

Aku cerita-ceritalah dengan mama anak atu, sampai menangis-nangis ia becerita arahku.
Nya, saraf-saraf anaknya rosak suda. 
Sebab ndada rangsangan dan kurang latihan pergerakan masanya masih damit.
Kan sepatutnya masa damit kan, baby aktif berabis kan meniaraplah, kan berunggaulah, kan lumpat-lumpat lah.
Kan?

Tapi sebab parentsnya luan busy dan dorang pun ndada pembantu rumah, so ia bagi anaknya telalai dengan Ipad 24/7! Yatah akibatnya nah.
Aku dangar pun rasa macam kan mengumban lasung pat mamanya ani. :D

So bila anaknya sudah berumur 4 taun, barutah kan pigi ke kelas pemulihan.
Belajar melumpat, meniarap, berunggau. Kesian kan?

Sampaikan durang inda menyuruh keluarkan apa-apa gadget dapan anak atu.
Ada sekali atu, ada urang SMS pat fonku, jadi kan ku keluarkan lah dari beg untuk mencek SMS atu.
Tiba-tiba Dr Sherine cakap basar-basar,
"No handphone in front of Alex! No handphone in front of Alex please!"

Sampai catu.
Watirku eh. :D

Aku ada minta komen Dr Sherine pasal gadget-gadget ani. 
Sebab aku pun selalu jua meliat Boboiboy dengan Haikal arah ipad. Hehehehe.
So ani jawapan Dr Sherine,

"Inda pulang papa kalau kan liat benda in a box ani (ipad, tv, phone.). But make sure not more than 10 minutes at a time."

"Never leave the child and ipad alone. Watch with him. Liat Boboiboy sama-sama dengan dia, interact dengan kedia. For example, tani cakap, 'Oh Boboiboy is wearing a red cap. Oh there, Boboiboy plays badminton with his friends! Malar-malar interact dengan kedia while watching."

"It's a good sign when he wants to watch ipad, he asks you to join him. But bad sign when he doesn't want anyone to disturb or join him while he's watching. Atu petanda buruk. So always-always always be with him and interact with him while watching."

Ani bahasa mudah untuk faham kenapa ipad, tv, phone, games inda bisai untuk perkembangan kanak-kanak, menurut Dr Sherine.

Bila tanii meliat ipad, mata tani tertumpu arah satu level saja. 
Ndada pergerakkan "rolling" oleh mata.
Jadi bila luang banyak terdedah arah ipad, that means no eyes nerves stimulation. 
Jadi kalau sudah lama-lama pandangan anak tu inda luas.
Jadi otak nya pun inda boleh berfikir dengan luas/kreatif.
Jadi parents digalakkan supaya banyak stimulate mata baby. Cemana?
Bawa keluar rumah. Look around. Atas, tunjuk sky, tunjuk eroplen.
Bawah tunjuk grass, tunjuk cat, tunjuk flowers.
Kalau inda boleh keluar rumah, still boleh buat dalam rumah.
Contohnya, boleh pakai mainan flash cards yang ABC atu.
Flash huruf A di atas, supaya anak meliat ke atas. 
Pastu, flash huruf B di bawah.
Pastu huruf C sebelah kiri, huruf D sebalah kanan.
Dan sebagainya.
Dengan cara cematu, otomatik ada "rolling eyes" movement.
So bila ada pergerakan mata atas bawah atas bawah cematu,
saraf mata dirangsang dengan baik.
So brain development pun insha Allah kan berlaku dengan baik jua.

Cematu.

Rasanya kira simple penjelasan yang Dr Sherine bagi atu. 
Terutama untuk orang bangang macam aku yang kan faham.
Sori, aku bukan Doktor. Dulu SPM Biologi pun B3 saja. T_T


3. Stimulate their imitation skills.

Imitation skills ani adalah kebolehan atau kemampuan mengikut atau meniru apa saja benda yang diliat di sekeliling. Contoh kalau anak nampak tani betapuk tangan, ia pun ikut clap hands. Catu.
Dr Sherine cakap, ani masalah yang paling basar untuk kanak-kanak karang ani.
Lack of imitation skills.
So vocabnya pun kurang, otak lambat kan pick-up, etc.
Because language and speech is also an imitation skill, 
attitude pun imitation skill,
cara berfikir pun imitation skill, 
dan semua atu pun bekait dengan brain development.

So parents digalakkan buat kaedah or cara-cara cemani.
Sabut satu perkataan, dan suruh anak ulang.
Lukis satu lukisan yang simple, dan suruh anak tiru.
Buat muka macam menangis, senyum, ketawa, marah dan suruh anak tiru.
Buat satu keraja yang sanang macam susun bantal atas katil, susun buku arah rak then suruh anak ikut.
Nyanyi satu lagu, dan suruh anak ikut nyanyi.
Menari ikut muzik dan suruh anak tiru step yang tani buat.
Buat satu pergerakan macam berunggau, melumpat, meranggah, begolek dan suruh anak buat cematu jua.
Catu.

Ah, lagi satu, Dr Sherine cakap, pergerakkan merunggau ani adalah sangat-sangat bagus. 
Pasal ia melibatkan seluruh anggota badan, dari kepala sampai ke hujung kaki.
Dan kalau ikut kajian, baby yang mengalami fasa berunggau yang batah, dikatakan lebih genius dan pemandai dan berfikiran kreatif berbanding baby yang merunggau sekajap atau langsung inda berumggau (tarus boleh bejalan)

Part ani aku tediam.
Pasal Haikal andang langsung inda berungau. 
Dulu ia betiarap, tarus duduk. 
Lapas duduk tarus bediri dan bejalan.
T___T

Tapi inda papa, Dr Sherine kata masih alum telambat.
Jadi masani aku suruh Haikal jadi tiger hari-hari.
Pasal kan suruh ia berunggau. Kahkah.


Bila anak jadi tiger, mamanya pun mestitah jadi tiger, oke jua.
Imitation skill. Ingat tu.
Tapi sory, gambar aku jadi tiger ndada.
Garang banar. Karang watir kamu. :D

4. Banyakkan concept toys berbanding mainan superheroes, monsters, etc.

Concept toys atu macam ABC, 123 blocks, Lego, binatang (yang realistik dan sanang kan dikenali), blok bentuk, kereta, color blocks, etc.
Sebab benda-benda cani boleh tambahkan vocab anak.
Plus boleh belajar sambil bemain.
Dr Sherine kata, elakkan membali mainan-mainan yang inda realistik.
Macam barbie doll, superheroes dalam tv, monsters, etc.
Sebab masa bemain, ia inda dapat kan mengaitkan dengan dunia realitinya.
Takut nanti ia lebih taksub dengan dunia fantasi pulang.
Inda tah jua bisai banar kan.

Padahal aku pun banyak jua eh membalikan Haikal mainan otromen. T_T
Sampai kalau kan tidur pun, Haikal kan selimutkan otromen.
Mamanya dapat selimut sipi-sipi, langsung tah Haikal inda peduli. -..-



5. Bila kan ajar anak becakap, ajar word dulu, avoid sentence.

Contoh macam kalau tani ke zoo, tani kan tunjukkan elephant arah anak,
better cakap,
"Elephant!"
bukan
"That is an elephant!"
atau
"Wow u see that big elephant?"

Catu.

Unless kalau anak sudah hafal nama animals atu semua, jadi bolehlah kan ajar ayat dengan adjective.
Contoh,
"Tall giraffe. Big elephant. Beautiful butterfly. Yellow bird."
Avoid guna perkataan "The This That And With etc".
Direct saja cakap "Big tiger. Beautiful bird."
Catu.
Ajar word by word. 
Kan ajar kanak-kanak bercakap mesti pelahan-pelahan dan berulang-ulang.

Bila kan bagi arahan pun sama. 
Sabut perbuatannya saja. Withoiut a complete sentence.
Contoh,

"Eat."
bukan
"Come and eat."
atau 
"You must eat."

"Sit."
bukan
"Come and sit beside Mama" 
atau 
"Sit and keep quiet."

Lama-lama nanti anak tani capat ya kenal, manasatu noun, adjective, verb, etc.
Lapasnya sudah banyak vocab, barutah bulih ngajar anak buat ayat.

6. Kalau anak takut strangers, ask them to high-5. Avoid salam, hug or kiss.

Biasanya anak yang takut strangers ani sebab banyak kali dah ia trauma atau ada bad experience bila ia jumpa strangers. Contohnya kalau anak yang selalu sakit.
Banyak kali ia jumpa doktor/nurse yang selalu mencucuk kedia atau bagi ubat, etc.
Jadi bila ia jumpa strangers, siapa pun kedia, ia kan expect urang atu kan buat apa-apa arahnya.
Kira fobia nya urang.

Iatah untuk overcome masalah ani, saranan Dr Sherine,
kalau jumpa sesiapa yang anak atu takutkan,
suruh orang atu untuk high five dengan anak tani atu.
Biasanya kalau tani jumpa kawan, saudara-saudara, gerenti dorang kan peluk cium salam anak tani tu kan? 
Jadi kalau anak yang jenis takut strangers ani, jangan suruh orang salam atau hug tarus, 
suruh high 5 dulu.
Kalau orang tanya kenapa, jawab saja ikut nigga style. Yaw yaw yaw. ;D

Kalau ikut Dr Sherine, high 5 ani powerful.
Ia boleh mengubah mentaliti anak tani dalam beberapa saat saja. 
Bila tani high-5, ada sentuhan yang happen dalam beberapa saat atu,
dan anak atu kan realize yang urang atu inda bahaya atau membari watir.
So lapas atu, ia kan oke la dengan orang atu.
Ah, catu.

7. Bila anak buat salah. Explain instead of marah.

Macam kalau anak main marker pen, lukisnya arah dinding rumah. 
Gerenti jua kau marah kan??
Jadi nya Dr Sherine, instead of marah-marah mengomplen inda pedah-pedah, 
bisaitah diexplain jelas-jelas arah anak atu sebab kenapa benda yang dibuatnya atu salah.

Ingat ah, anak tani atu sedang mengexplore dunianya, bukan jua saja-saja kan cari pasal dengan ketani.
Lagi satu, everytime mengexplain atau becakap dengan anak,
make sure mata tani dengan matanya satu level.
Melutut dapannya.
Jangan cakap atau marah sambil bediri,
makin tia takut.
Karang inda ya dapat hadam apa yang kan tani sampaikan.


Kalau anak belimpang, kau pun belimpang jua.
Atu banar, rasa jua kan supaya mata satu level -..-

8. Overly attached to one person is not a good sign.

Contoh macam anak atu rapat dengan mamanya saja, tapi dengan bapanya inda. 
Atu petanda yang inda bisai.
Ada masalah dengan self-esteem anak atu.
Jadi mesti biasakan ia rapat dengan semua orang. 
Especially family members.

9. Bila bermain, follow his interest.

Kalau anak kan main bula, jangan kamu bawa kedia main basikal. 
Kalau anak kan melukis, jangan kamu bawa ia main bula. 
Catu.
Ikut apa yang anak atu mau masa atu. 
Sebab brain development akan berlaku pada tahap yang maksimum bila anak atu banar-banar interested dan happy masa buat samting.
Lainlah kalau anak minta yang inda patut-patut. 
Atu banar, memang patut dimarahi.


10. Bagi pilihan jawapan untuk enhance communication skill anak. 

Contoh bila tani tanya sesuatu arah anak tani, 
kalau anak diam saja pasal inda tau cana kan jawab,
jangan biarkan soalan atu inda bejawab. 
Tani yang mesti bagi pilihan jawapan untuknya.

Contoh macm tani tanya, 
"Kenapa Haikal nangis?"

Tapi Haikal diam saja, 
barangkali inda tau kan jawab cemana. 
So tani bagi pilihan, 
macam

"Haikal tegugur kah?"
"Haikal sakit parut?"
"Haikal kan ikut babah keraja?"
"Haikal keborengan?"

Atu contoh
Even kalau ia menjawab dengan mengangguk pun sudah cukup.
At least soalan tejawab.
Lama-lama nanti tau lah ia cemana kan jawab kalau nanti tani soal kedia soalan yang sama.

Oke atu saja 10 tips yang dapat ku share. 
Lagi sekali ah, tips-tips ani dari Dr Sherine, Child Psychiatrist dari Hospital Gleneagles.
Bukan keluar dari kediaku ah. Bukan ku reka kah apa
Ganya ku tulis ikut bahasakulah kan. Supaya biskita sanang kan faham.

Niatku ani satu saja. 
Kan share supay biskita pun sama-sama dapat manfaat. 
Pasalnya banartah, semua tips ani dah ku cuba dan setakat ani alhamdulillah. 
Nampak ku kesan positif pat Haikal. 
Kesannya drastik oke berabis. 
Sebab kanak-kanak 0-3 taun ani development durang memang lajuuuuu.
Jadi mesti tah biskita capat-capat praktikkan tips tadi atu aa. =)

Tapi ofkos semua atu berlaku dengan izin Allah. 
Tapi inda salah tani ikhtiar yang terbaik dan temampu ketani.
Part usaha, doa, tawakkal atu kan tugas tani.
Insha Allah, outcomenya pun nanti meng-happy-kan tani. 
Sebab Allah inda pernah kecewakan hambaNya yang berusaha.
Bai.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan