Sabtu, 31 Ogos 2013

Alhamdulillahhhh. Fourth Year!

29th of August, 2013.

Alhamdulillah. Mula-mula, ada tetamu yang datang berkunjung ke rumah. A016, U172, N077, F306 dan W2712 hadir ke rumah membawa rahmah. Pesan seorang alim, "Tetamu itu barokah. Layan tetamu sebisai-bisainya. Pasal Rasulullah suruh tani memuliakan tetamu. Tanda sayang tani kepada Rasulullah, ikuti kedia."

Dan dorang bawa kek harijadi! Pasal adindaku birthday kemarinnya. Dan jua durang silaturrahim. Alhamdulillahh. Lama inda ku bejumpa bisdia.

Setelah mereka pulang, aku naik ke bilik dan duduk di hadapan laptop. Hati bergetar melihat skrin. Ada tanda menandakan aku menerima satu mesej di dalam inbox. Ku lihat nama penghantar. Kak Rizqa dari Indonesia yang berada di bumi anbiyaa. Rasa ingin tahuku mendorong aku untuk meminta pertolongan daripada beliau untuk melihatkan natijahku di Kulliyah Banat, Al-Azhar beberapa hari sebelum hari ini.

Mengabak. That's what I felt. In came my brother to my room.

I clicked the icon. Dengan penuh bacaan Bismillahir Rahmaanir Rahiim.

"Ma'lesy kemaren tak da koneksi internet, alhamdulillah mabruk. Enti najah."

Ya Allah, ya Allah. "Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.."

Bersyukur sangat-sangat. Aku lulus naik ke Tahun 4, Universiti Al-Azhar dalam bidang Usuluddin qism Tafsir dan Ulum Al-Quran, tanpa membawa subjek. Bermakna aku lulus di dalam semua subjek. Aku mengambil masa tiga tahun untuk lulus semua subjek.

It was tough to accept my failures at first because my other friends might be on their way finishing the line of Masters and I would be 'ketinggalan jauh di belakang', but still alhamdulillah. Aku yakin bahawa Allah merancang sesuatu yang terbaik untuk setiap hamba-hambaNya. Yang terbaik untuk mereka mungkin Masters. Yang terbaik untukku mungkin benda lain. Yang terbaik untuk dia mungkin benda yang berbeza. Semuanya PASTI ada hikmahnya.

Bila masa jua Allah merancang sesuatu atu ndada hikmah, kan?

Belajar untuk redha dan yakin dan BERSYUKUR atas ujian yang Allah berikan. Kerana bila Allah uji itu bermakna sayang. Boleh jadi dengan ujian itu, kita semakin mendekat kepada Allah dan kita akan semakin hampir kepada matlamat yang kita inginkan --> Allah wa bas, wel baqi khas.

Syukur alhamdulillah, sekarang menanti keputusan ujian adindaku yang lagi satu. Semoga Allah kurniakan keputusan yang menggembirakan hatinya.

Timbul di dalam minda sedarku, apakah ujian yang akan Allah berikan dengan lulusnya aku ke Tahun 4 di Universiti Al-Azhar ini?

Ketahuilah bahawa setiap sesuatu itu ada ujian. Kegembiraan adalah ujian. Kesedihan juga adalah ujian. Semoga aku dan insan-insan yang di sekelilingku tidak lalai dengan kurniaan Allah yang ini. Semoga aku dan insan-insan yang di sekelilingku tidak lupa diri.

Kerana yang Maha Berkuasa itu adalah Allah. 
Yang Maha Mencintai itu adalah Allah.
Yang Memberi Hidayah itu adalah Allah.
Yang Maha Menyayangi itu adalah Allah. 
Yang Maha Pengampun itu adalah Allah. 
Yang Maha Santun itu adalah Allah.
Yang Maha Lembut itu adalah Allah.
Yang Maha Mengetahui itu adalah Allah.

Yang Maha Adil itu adalah Allah.
Yang Keras SiksaNya itu juga adalah Allah. 

Allahku, mohon Kau sentiasa mengurniakan kami dan mereka-mereka yang berada di sekeliling kami hidayah dan taufiq serta inayah. Tunjukkan kami ke jalan yang lurus. Berikan kami peringatan sekiranya kami terlalai. Kurniakan rasa malu kepada kami bila kami berbuat kesalahan. Kurniakan rasa ingin bertaubat bila kami berbuat dosa. Teguhkan iman kami, dan tetapkan hati kami bersamaMu. Hanya bersamaMu.

Amiin ya Wadoud.

Whatever you do, do it for the sake of Allah. 
Seek for His guidance.
Allah will help you.
Allah will guide you.
For sure.
And always seek the forgiveness of Allah.
Istighfar.
And always selawat to our beloved Prophet Muhammad Sallallahu 'Alayhi Wasallam.
Selawat.
And always do tahlil.
Laa ilaha illaLlah.

Wassalam

Aingteh, 
12.52, Darul Faizien.

Rabu, 28 Ogos 2013

Her Birthday

So alhamdulillah I woke up without hearing my mom's voice today. Alhamdulillah. It happens that to set the aircond to switch off around 3am is working, if you want to wake up early before babu. Bukan apa, it's because tani rasa inda selesa sal kepanasan. *yang calinya, majal jua lakat kan tidur atu. aish*



Today is my beloved one's birthday. She's a Korean freak. Yet she's a pintar, kind BIG heart and mukhkhuha shaghghaal and has ended her pembelajaran di Universiti Al-Azhar dalam jurusan Aqidah Falsafah. Four years straight! Bismillah masha Allah. People say it's the toughest course.

Semoga Allah kurniakan kebaikan yang berterusan, dibukakan pintu yang selama ani ditunggu-tunggu, dikurniakan mahabbah dan ma'rifat yg sempurna, dikurniakan hati yg BESAR lagi dan lebih luas untuk menampung isi yang lebih besar dan luas dari sebelum ani, kesabaran yang tinggi lagi, diberkati umurnya, diistifadahkan ilmunya, hormat orang tua dan suami. Insha Allah khayr.

Happy 23rd birthday, SiKiyute! I am not a good one for you. But I'll try to be the best. You deserve better. Bittaufiq wannajah in whatever you do. La haula wa la quwwata illa biLlah al-'aliyyi al-'aziim.

Anyhow, after we had our breakfast, washed the dishes as usual, I got upstairs - and on my way to the room I opened the windows in the stairs to let the fresh air in - in my room I go in and sit in front of the laptop as usual. I saw this video. Was just merely looking at it .. And I clicked to watch it.

Click it and watch it first.



SubhanaLlah, the woman who was semi-naked said,

"Islam has liberated me from being a person who cannot leave the home without being half an hour infront of the mirror, without spending on different types of designer clothing.

Islam has liberated me and I just put on a black cloak and I walk out. That's it.." 

Yaaaah, seriously, this is quite a shock to me! I've never thought of this before. Being in Brunei with the adat and being surrounded by the people who always talk about this baju and that baju, this color that color, this fashion and that fashion. Just wanting to look great and beautiful in front of others. This indeed is not pleasing. And we're being in the prison of wanting the people look at us and praise us for our external beauty and pay less attention to the inner beauty. THAT makes us want more and more. This is how the women are told to do. to being to attract a mass of men. What is it for? Just for mere pujian? Well, unfortunately, yes. And some other answers, 'Tani mau jua kan jadi lawa. Supaya dapat nyamankan ati.'

Ganya, mungkin dalam negeri kitani lain kali sedikit. Pakai baju kurung ani satu kebiasaan dan adat Brunei dari zaman berzaman. Jadi inda mendatangkan masalah.

Tapiiii..

Fesyen-fesyen yang sekarang ani yang inda. Bercampur adat kitani dengan adat Barat yang kurang islamik. Fesyen baru adalah suatu benda yang mendatang. Bisai sudah baju kurung kitani yang dari daulu atu, lunggar. Inda menampakkan bentuk tubuh. Menjaga bini-bini. Jadi bagiku, pakai baju kurung atau jubah bekaler-kaler tu insha Allah okay. As long as tani menjaga kehormatan tani.

Pada masa yang sama,

Sedih ku jua. Sekarang ani, mungkin pasal pengaruh TV yang membuatkan kami bini-bini inginkan menarik perhatian orang lain. (Kah tu?) Lagi banyak nampak bentuk badan, lagi menarik di mata urang. Atau palingpun, membayang. Hayyoohh, perasan inda perasan, kalau bekait dengan nampak bentuk badan, bukan maknanya ia membuatkan urang tebayangkan urang yang diliatnya atu dalam ruangan yang inda sepatutnya kah? I know berlapik kalamku, tapi aku harap tebayang maksud yang ku sampaikan.

Seriously, aku baru tefikir pasal benda ani. Allah, aku bukanlah hambaMu yang baik. Tapi aku mencuba dan mencuba walau berkali-kali ku jatuh.

Ani dari segi syariat.

Apa-apa pun, hati tetap mesti jaga. If you have that some thing in you yang berharga, suka bersedekah contohnya, or suka husnuzzon, work on it.

Semuanya dari Allah. Allah Ghafour, Allah Raheem, Allah Wadoud but at the same time Allah 'Adil, Allah syadeedul 'Iqob.

Allahumma fahhimna 'anka.

Aingteh,
11.50am, Darul Faizien

Selasa, 27 Ogos 2013

Al-Arif Billah Syaikh Abdul Qadir Isa

||Al-Arif Billah Syaikh Abdul Qadir Isa: Pembaharu dan Pemurni Tasawuf Zaman Ini||

|Nama Dan Nasab|

Beliau ialah Syeikh Abdul Qadir bin Abdillah bin Qasim bin Muhammad bin Isa Azizy Al-Halabi Al-hanafi As-Syazili. Nasabnya bersambung kepada Syeikh Umar Al-Ba’aj yang berketurunan Sayyiduna Imam Husein ra. cucu kepada Baginda Rasulullah SAW.

Beliau dilahirkan di kota Halab, Syria pada tahun 1338H/1920M dari kedua orang tua yang hidup sebagai orang awam, bukan keturunan ulama. Beliau hidup dengan senang dan serba cukup bersama kedua orang tuanya.

|Masa Muda Syeikh|

Di awal masa mudanya, beliau sangat menyukai kegiatan olahraga dan sukan. Beliau juga sentiasa mengenakan pakaian yang mewah, dan memakai minyak wangi yang paling mahal.

Setelah mendapat Hidayah Allah, beliau tidak lagi suka dengan gemerlap dan mewahnya dunia. Ketika beliau berpaling dari dunia, cara hidupnya berubah secara total tidak sebagaimana kebiasaannya dulu yang senantiasa hidup dalam kelalaian dan kesenangan dunia. Beliau mula melalui jalan spiritual menuju Allah. 

Beliau mula mendalami dan melalui jalan Ihsan dan muroqabatullah ataupun 'Tasawwuf' demi menuju kepada Allah dengan sebenar-benarnya "صدق التوجه الى الله"

|Perjalanannya Dalam Mencari Ilmu|

Beliau diberikan kecintaan menuntut ilmu, kemudian bersuhbah(melazimi) dengan para ulama sufi di zamannya, diantara guru-guru awalnya di Halab adalah: Syeikh Muhammad Zammar, dan Syeikh Ahmad Muawwad.

Antara guru-gurunya dalam ilmu syari'at juga:

1)Al-Allamah Al-Muhaddith Syaikh Abdullah Sirajuddin
2)Al-Allamah Syaikh Ahmad Al-Kurdi
3)Syaikh Muhammad Mallah
4)Syaikh Abdul Wahhab Al-Tanuji r.a. dll

Pada tahun 1949 beliau aktif menjadi seorang pendidik di Madrasah Asy-Syu'baniyah, beliau mengajar di sana selama enam tahun.

Disela-sela kesibukan beliau sebagai sorang pendidik, beliau juga seorang imam dan khotib di Masjid Hamad.

|Perjalanan Spiritualnya|

Sebelum beliau bergabung dengan madrasah Asy–Syu'baniyah, beliau pernah bersuhbah pada Syeikh Hasan Hasani, seorang Syeikh Tarekat(Jalan Sufi) Al–Qodiriyah. Kemudian beliau menempuh perjalanan spritualnya dibawah didikan dan kumpulannya hingga akhirnya beliau diberi izin untuk mengembangkan tarikat ini. Dan ditengah-tengah suhbahnya beliau tetap mengajar di madrasah Syu'baniyah.

Ketika beliau masih menuntut ilmu di madrasah Syubaniyah, beliau terkenal dengan sifat-sifatnya yang baik, dan budi pekertinya yang luhur, semangatnya yang tak pernah pantang menyerah, semua itu menunjukkan akan keperibadiannya yang baik. Maka tak hairanlah meskipun beliau masih menjadi seorang pelajar, banyak teman-teman di madrasahnya berada dalam bimbingan dan irsyadatnya.

Di antara tanda ketinggian semangatnya dan kejujuran keinginannya untuk mendapatkan cinta dan keredhaan Allah, gelar 'Syeikh'(Tuan Guru) tidak membuatnya sombong (gurur), dan tidak pernah merasa cukup dengan apa yang telah diperolehnya berupa ketinggian dan kedudukannya, maka beliau senantiasa mencari seorang syekh yang kamil yang dapat mengenalkan dirinya kepada Allah. Tentang hal ini ia berkata:

“Aku pernah membaca dalam kitab syarah Al-Hikam karya Ibnu Ajibah, aku melihat didalamnya ada sesuatu yang aku sendiri belum merealisasikannya- meskipun pada saat itu aku sudah menjadi seorang Syeikh, pada saat itu aku sedar sekali bahawa aku harus bersuhbah dengan seorang syeikh yang kamil(murobbi ilmu ihsan dan hakikat) ”.

Di kota Halab beliau belum mendapatkan apa yang diinginkannya, maka beliau memutuskan untuk pergi ke Damaskus. Disana beliau bertemu dengan para ulama setempat, akan tetapi dari sekian banyak ulama yang dijumpainya, beliau belum mendapatkan seorang syeikh yang menjadi dambaannya. Lalu beliau berulang-ulang menziarahi kuburan Syekhul akbar Muhyiddin Bin Arabi r.a. lalu beliau mendapat ilham/petunjuk untuk bersuhbah kepada Syeikh Muhammad Al-Hasyimi As-Syazili, salah seorang Syekh Thariqoh Asy-Syaziliyah. 

Lalu beliau mencarinya, dan mendapatkan syeikh Muhammad Al-Hasyimi berada di masjid Al-Umawi di Damaskus sedang memberikan pengajian ilmu tauhid kepada beberapa orang muridnya. Beliaupun mendatangi majlis Syekh Al-Hasyimi dan memperkenalkan dirinya, lalu Syeikh Al-Hasyimi berkata kepadanya: “Engkau adalah orang yang paling akhir datang, dan Insya Allah engkau akan menjadi orang pertama diantara mereka, ketahuilah sekian lama aku telah lama menunggumu”.

Maka sempurnalah keinginannya untuk bersuhbah dengan seorang syekh yang kamil, beliau bersuhbah dengan Syekh Muhammad Al-Hasyimi As-Syazili tahun 1952 sampai Syekh Muhammad Al-Hasyimi wafat tahun 1961 M.

Ketika Syekh Al Hasyimi melihat pada diri Syekh Abdul Qodir Isa kemampuan untuk membimbing, maka beliau mengijazahkan wirid am dan khas dalam tarikat Syaziliyah, sebagaimana diizinkan pula untuk membimbing dan mentarbiyah. hal itu terjadi pada tahun 1338 H / 1958.

Syekh Abdul Qodir Isa ketika itu masih menjadi imam dan khotib di masjid Sahah Hamad sampai akhirnya beliau ditempatkan di Masjid Al-Adiliyah, kemudian disana beliau membuka majlis zikir setiap hari kamis setelah solat isya.

Syeikh memakmurkan Masjid Al-Adiliyah dengan majlis-majlis ilmu dan zikir, hingga tersebarlah kemasyhurannya kesemua pelosok negeri, maka berbondong-bondonglah orang-orang belajar kepada beliau dengan berbagai macam tingkat keilmuan mereka. Setelah itu tersebar luaslah Tarekat yang beliau pimpin di sebagian besar wilayah Syiria, bahkan menyebarluas sampai ke negara-negara tetangga seperti: Jordan, Turki, Lebanon, dan Irak. Dan terus menyebarluas kemasyhurannya sampai hampir tidak ada satu negarapun di dunia ini, melainkan terdapat para ikhwan dan murid-murid syekh. Dan tarekat ini pun sampai juga ke negeri Kuwait, Saudi Arabiya, Morocco, Afrika selatan, India, Pakistan, Inggris, Belgium, Prancis, Kanada, Amerika, Indonesia dan negara-negara lainnya. Semua ini menunjukkan penguasaan Syeikh yang luas dalam bidang ma’rifat, tarbiyah dan irsyad.

Syeikh merupakan antara pembaharu pertama dalam tarikat sufiyah secara umum dan tarekat syaziliyah secara khusus. Hal ini terbukti dari buku beliau yang berulang kali dicetak ulang dan diterjemahkan kedalam bahasa inggeris, turki, indonesia dan melayu hingga nama beliau terkenal di mana-mana berjudul "Haqaiq 'An At-Tasawuf"

Ketinggian maqom syeikh dan qobul(penerimaan) daripada Allah kerana keikhlasannya terbukti dengan tersebarnya karya beliau dan diterima masyarakat awam serta banyaknya murid-murid beliau dari berbagai macam tingkat pendidikan dari setiap negara. Murid-murid beliau laksana penyambung lidah beliau dalam dunia tarikat, kerana Syeikh tidak meninggalkan kekayaan ilmiyah kecuali buku (Haqoiq an At- Tasawuf) saja. Itu semua disebabkan kesibukan kewajiban-kewajiban da’wah yang harus diperbaiki yang berada dipundaknya dalam rangka menyebarkan tarikat yang benar yang sesuai dengan Al-quran dan Sunnah. Masalah ini telah disebutkan dalam lembaran-lembaran buku beliau.

Inti dari manhaj beliau dan apa yang ingin beliau sampaikan kepada orang-orang, telah dituangkan dan dijelaskan dalam bukunya ”Haqoiq an An- Tasawuf ” di mana buku ini sebagai pembuka dalam memahami ilmu syariat dan hakikat. Hingga banyak orang menerima dan mengambil manfaat dari kitab ini sesuai dengan tingkat pendidikan mereka.

|Karamah Syeikh|

Diceritakan bahwa syeikh memiliki sejumlah karamah dan kasyaf (kepekaan spiritual) yang nyata, akan tetapi beliau menepis semua hal itu, bahkan senantiasa mengingatkan para murid agar tidak terjebak pada karamat dan khusyufat, dan beliau senantiasa menegaskan bahwa: 

“Karamat yang paling besar adalah istiqomah terhadap syariat Allah SWT”. 

Dan definisi tarekat menurut syekh adalah: beramal menurut syariat”. Ketika beliau mendefinisikan tasawuf, beliau berkata:

“Tasawuf semuanya adalah akhlak, barang siapa yang bertambah akhlaknya maka bertambah pula nilai ketasawufannya”.

Selama lima tahun beliau mendapat kemuliaan tinggal di kota Madinah berdekatan dengan maqam Rasulullah Saw, kemudian menetap di Jordan tepatnya di kota Aman untuk berda’wah (menyeru kepada Allah), apa yang dilakukan beliau sebagaimana perilaku para Siddiqin al-mutahaqqiqin yang bila singgah di suatu tempat, masyarakat setempat senantiasa mengambil manfaat dari ilmu, prilaku, dan da’wahnya.

Pada tahun 1991 beliau pergi ke Turki mengunjungi salah seorang muridnya Sayyid Syekh Ahmad Fathullah, salah seorang khalifah tarekat. Ketika disana syekh terkena sakit, dan penyakitnya semakin parah, kemudian beliau dirawat di salah satu rumah sakit di kota Mar-asy, setelah itu beliau dipindahkan ke salah satu rumah sakit di kota Istambul.

Para doktor pakar yang merawat syeikh merasa hairan, kerana tidak sedikit pun tampak diwajah Syekh adanya rasa sakit, beliau diam, tanpa mengeluh sedikitpun. Hati, mata hati, dan seluruh tubuhnya tenggelam merasakan kebesaran dan mahabbah Allah Swt.

Salah seorang putra Syekh ingin menenangkan perasaan, dan kesedaran Syekh, dan dari masa komanya yang panjang, juga dari kesehatan akalnya, karena sejak sakit beliau tidak berbicara dengan siapa pun. Sebelum Syekh sakit beliau selalu memberikan pendidikan khusus dengan putranya ini, kerana itulah putranya bertanya tentang bait syair yang pernah didengar dari bapanya, untuk mengingatkan kepada yang hadir bahwa Allah selalu menangani (memelihara) orang-orang soleh. 

Alhamdulillah kondisi kesedaraan, kepekaan, dan akal syekh dalam keadaan normal. Diamnya Syekh disebabkan beliau sedang hanyut dengan cinta Allah Swt. Lalu putranya membacakan bait syair yang berbunyi:

Hai orang yang bertanya kepadaku tentang Rasulullah,bagaimana ia lupa

Lupa itu ………………………………..

Kemudian ia berhenti, dan berkata kepada bapanya, wahai bapaku tolong sempurnakan untukku bait syair ini, lalu syeikh menoleh kepadanya, dan menyempurnakan bait itu:

Lupa itu dari setiap hati yang lalai dan main-main

Lupa lubuk hatinya dari segala sesuatu

Maka ia lupa dari yang selain Allah

Beliau terus mengulang-ngulang bait syair ini: Lupa itu dari setiap hati yang lalai dan main-main

Kemudian mengalirlah air matanya dan menangis, setelah itu beliau tidak pernah berbicara dengan siapapun.

|Wafatnya|

Beliau wafat pada hari sabtu, jam 6 petang, 18 Rabiulakhir 1412H, bertepatan dengan tanggal 26 Januari 1991 M. Beliau dimakamkan di samping sahabat Rasulullah yang agung Abu Ayyub Al–Anshari ra di Istanbul, Turki.

Dengan wafatnya beliau kaum muslimim merasa kehilangan seorang mursyid kamil, ِAl-arif billah, dan tokoh spritual yang alim yang keberadaannya sangat diperlukan ummat. Semoga Allah merahmati dan menempatkan beliau disisiNya yang paling tinggi, dan menempatkan beliau di syurga yang luas bersama para Nabi, siddiqin, syuhada dan orang-orang soleh. Amin.

Dengar dan aminkan doa dari suara beliau sendiri radhiallahu 'anu wa ardhah di:http://www.youtube.com/watch?v=8VSVCzYSn78 

>>Nota Tambahan Dari Admin : 

Syukur kepada Allah kerana Al-Faqeer telah berguru dengan anak murid rapat Al-Arif billah Syaikh Abdul Qadir Isa r.a ini iaitu Guru Yang Mulia Al-Allamah Al-Faqih Al-Arif billah Syaikh Dr. Yusuf Al-Bakhour Al-Hanafi As-Syazili Al-Hasani, bekas Mufti Canada yang menetap di Lubnan. Beliau sering mengajar di Mesir dan banyak menceritakan kisah-kisah gurunya Syaikh Abdul Qadir Isa kepada kami. Kata guruku Syaikh Yusuf hafizahullah, Syaikh Abdul Qadir Isa bermazhab hanafi, beliau sangat bijak, faqih dan berakhlak tinggi. ٍSuatu ketika, beliau bermusafir dan melakukan jama' qasar sedangkan beliau bermazhab hanafi (selain ke Muzdalifah dan Arafah di sisi Mazhab Hanafi tidak boleh jama' qasar), lalu bertanya Syaikhuna Dr. Yusuf tentang itu, akan tetapi beliau menangguhkan jawapannya, kemudian ditanya lagi pada tempat yang lain, akhirnya Syaikh Abdul Qadir Isa menjawab, menurut mazhab syafiie ianya boleh dan ilmu mereka semua adalah daripada datuk kita Rasulullah SAW (وكل من رسول الله ملتمس) . Satu kaedah fiqh menyebut: 

من ابتلي بشيء من ذلك (المختلف فيه) فليقلد من أجاز
Ertinya: "Sesiapa yang terdesak atau ditimpa darurat dalam perkara khilaf, maka bertaqlidlah pada sesiapa yang membolehkan"

Beliau juga berpesan untuk tidak taasub mazhab dan berpecah belah dengan hal khilaf(perbezaan pendapat). Pesan beliau lagi:

تمسكوا بمذهبك! من قلد عالما لقي الله سالما

Ertinya: "Berpeganglah dengan mazhabmu! Barangsiapa yang mengikut/bertaqlid seorang 'Alim(dari 4 mazhab), maka dia akan berjumpa Allah dalam keadaan yang Salim(selamat)"

radhiallahu ta'ala 'anhuma wa ardhahuma..

اللهم صلى وسلم وبارك على سيدنا محمد عدد اوراق الاشجار وعدد مياه البحار وعدد ما اظلم عليه اليل وما اضاء عليه النهار

****

Dari Facebook seorang sahabat, Dr. Fara.
Sidquttawajjuh Ila Allah --> Itu yg penting. Semoga.
Insha Allah.
Doakan.


Khamis, 22 Ogos 2013

Cerita urang tua-tua

Bismillah.
Sekadar catatan.
Dipendekkan cerita.

26hb Ogos, 2012 - Aku di sana masatu mendangar cerita urang tua-tua. Well, umurku masatu 23. Bisdia 40-an ke 50-an.

Ceritanya:
# Durang ingau ati pasal perguruan Brunei yg SHBIE dah kena tiadakan. Siapa kan jadi guru di masa akan datang. Dengan situasi pasti ; Guru akan pencen dan perlukan pengganti. Sistem perguruan yg ada di UBD inda cukup masa dan hasilnya sangat kurang kualitinya. Inda menyamai dengan program yg pernah ada.

Teringat kata-kata seseorang, "Bila kan menghentam sesebuah negeri, memang pendidikan yg dikerajakan."

Mudahan Brunei dan negeri jiran serta negeri muslimin muslimat terpelihara. Ameen.

# Usin. Pohon itu, pohon ini. Keduluran. Tapi KDYMM bagus.

# Indonesia. Bebas bersuara. Demokratik. Tiada tersinggung. Di sini, bekontrol jadi inda berani bersuara. Dan akibatnya, orang mudah tersinggung.

# Negeri yg rasanya nada kementerian ugama, tapi ugama dilaksanakan oleh rakyat yg inginkan perlaksanaan. Contoh: Kedai ditutup saat azan didengar. Then solat. Then buka balik selepas solat. Bila dangar, macam Mesir punya pisin.

"Kenapa mau ditutup pak kedainya?" 
"Kan nggak lama lagi udah mau azan nih.." 
"Oh iyaa."

Kitani ada kementerian ugama. Pemimpin kitani inginkan agama dihidupkan di Brunei. Menjadikan Brunei sebagai sebuah Negara Zikir. Tinggal melaksanakan lagi. Namun siapakah yg akan melaksanakannya kalau bukan yg ahlinya? Kalau bukan yg mempelajari bidang agama secara khususnya? Orang agama tanpa disedari berada di tempat pertama dalam hati Kebawah Duli.

Titah sudah ada. Tinggal ingin dilaksanakan atau tidak. Pemimpin, bawah pemimpin, rakyat. Sama-sama kitani.

Hmph..

Tapi inda papa. Step by step bah. Mana bulih mengajut jua. Karang efeknya sekajap saja lapas atu bebalik. Oh oh oh, atu yg inda tani mau tu.

Elek-elek.
Sambil elek, bedoa.
Sambil elek berusaha.
Khayran insha Allah.

Be with Allah, Allah will be with you.
Always.